Ini hanyalah komen peribadi, yang mungkin berbeza pendapat dari orang lain. So baca ala-ala chill dah la, don't take it as an expert review. Takdak celah mananya yang I nak expert review movie cinematography whatsoever. :P
I've read the book before but as many other novel based movies, janganlah berharap movie akan menjadi sedetail novel kan? Movie 2 jam lebih ja, novel can sometimes take sampai 1-2 hari baru nak habis. Even kalau hadap baca sekali zaasss pun boleh amik setengah sehari. Referring to good books lah.
- Penguat jalan cerita sudah semestinya Aaron Aziz. :P Sungguhlah, tak tipu. Cuba juga membayangkan kalau hero tukar dengan orang lain, tetap tak sama aura dia dengan Seth Tan nih. Hehehe...Kalau bukan sebab Aaron Aziz, mana mungkin panggung semalam penuh dengan mak orang saja. Kuikuikui...
- Dialog ada lah dua tiga part yang macam "potong-lah" macam the earlier part Izzah said, "Ya Allah ampunkan saya" which usually kita bahasakan Aku. Tapi tak kisah sangat pun, mungkin agaknya lain orang lain bahasa? Hehe...
- Watak Lisa Surihani tak cukup annoyinglah. Hahaha. I was expecting watak tu macam "herrghhhh! rasa nak tampar jer dia nih" like that, tapi si Mila nih, dalam mengamuk dia pun tetaplah cantik dan comel. Comellah yang banyak nya, so tak rasa annoying sangat. Tapi mungkin watak tu dijadikan untuk separa annoying jer in the same nak kesian jugak sebab she tak tau kekasih gelap Hariz ialah Izzah. Maybe lah.
- Suka jugak part yang Mila mengamuk ingat Wafi ada skandal dengan laki dia. Ya Allah, hang maki orang pun comel jugak lah Lisa oih. Plus, baju yang dia pakai untuk scene adalah cantik. And part yang dia cakap "Surprise! Surprise!" pun comel jugak.
- Tangkap leleh? Hahahha. Malas cakaplah. Bawak jer tissue banyak-banyak maka lebih afdal. Kena pulak time Abang Hariz menitis air mata sebab rindu banyak sangat dekat Izzah, sobsss sobsss, tak dapat nak ditahan lagi. :'( Hehehe, over jap.
- Maya Karin? Ok lah, I didn't expect much pun tapi bukanlah kayu sangat macam filem Waris Jari Hantu. After all Maya ni cantiklah, bare face pun tetap cantik :) Laki I dah cancel deal dia, hari dia cakap kalau Lisa Surihani mau kat dia, baru dia nak kawen lagi. Hahaha. Pastu si Lisa dah pi kat Yusri, then dia tukaq pi kat Neelofa pulak, konon-konon junior MRSM lah dengan Abang Presiden. Choyyy!! Semalam dia tukaq, takmau Neelofa, nak Maya Karin pulak. T_____T *laki sapa lah niiii*
- Patut, tudung Izzah tu pakai la biar kemas sikit. Takdak orang dekat scene kot yang pandai nak pakaikan tudung dia betul-betul. Bukan nak suruh pakai terbelit leher macam fashionista tuh, tapi cukup la kalau nampak kena pada muka. Sebab some tu macam errr pelik kot. :P
- Kalau nak tukar heroin, tak tau sapa yang layak. Tapi kalau bagi pilih, I nak Fazura, hehehe. Sebab dia natural cantik :)
- Suka scene Ombak Villa, macam peaceful sangat kawasan tuh.
- Tapi tak suka, kenapa filem Melayu, kalau watak Datin ja mesti nak overdress? Dengan rambut kembang semacam baru lepas keluar microwave rosak. Tskkk...Lagi-lagi masa watak Datin yang si Mila punya mak. Eye shadow nya kauuuu, rasanya Datin kat Malaysia nih ada ja yang cool-cool kot.
- Julia Ziegler, orang kiri kanan duk mengata time scene dia, "makkkk, buncitnya perut dia". Haha. Elok I tak perasan, dengar orang sebelah komen, mulalah nak survey sana sini badan Julia :P Lesson, badan tak berapa slim fit, mungkin tak patut pakai baju melekap-melekap kat badan tuh.
- Watak sentap-sentap jiwa pun banyak jugak. Time Izzah kena marah, kena tolak masa dalam bilik air, time Izzah kena herdik dia perempuan murahan and ada lah lagi yang herghhh, kasihannya kalau sapa yang kena di alam nyata.
- Watak romantik pun banyak, lagi-lagi time Izzah tidur kat Hariz yang gagah perkasa. Ekekekeke...Mesti ramai yang dok feeling-feeling dalam hall tuh, hihihi...
- Aaron ni memang bagus lah, dari watak ganas nak dera bini, baran macam Abang Long tu sampai ke tahap menitis air mata sebab rindu bini teramat sangat, semua kawtim dia buat. Tu yang hot selling gamaknya movie nih.
- Overall jalan cerita? Tak kan nak buat sinopsis? Nanti rakyat jelata marah I bagi spoiler. Tapi suka dinyatakan di sini, ia adalah happy ending. Ala, tapi tu dah boleh agak bila tengok trailer pun kan. Cerita lebih kurang novel, sikit-sikit saja ubah itu pun bukan significant changes.
- Cuma terfikir, cerita ni depa nak sambung lagi ker? Watak Datuk Sufiah tu tak mati pun macam dalam buku. Mila pulak said to Izzah, "mungkin satu masa kita akan bertemu lagi", watak Pak Taha tu melesap tah ke mana, kira nya orang-orang yang nak menyusahkan hidup Izzah all alive. So mungkin boleh buat sambungan lagi. Kot? Tapi sila amik Aaron Aziz jugak as Hariz, kalau tukar orang lain, tak tentu lagi boleh booommm ker tak. :P
Conclusion? Ada harapan I tengok lagi. Hahaha! Tahap orang yang hanya gemarkan movie releks macam ni, I bagi 4 stars. Tapi kalau macam kawan den berdua yang kerja tengok movie, lepas tu kerah otak nak bagi rating macam Shamsul Qamar and Addy Fazly tu, mungkin depa bagi 1 bintang ja kot.-____-"
Gambar scene-scene romantik :P
No comments:
Post a Comment