Berhantulah, sebab....macam mana pun kau nekad beli SATU barang sahaja, mesti akan pulang dengan SATU PLASTIK BEG yang PENUH barang. Lagi-lagi kalau pergi time baru dapat gaji lepas tu Watsons pulak itu jam buat promo macam-macam, confirm, memang shopping sakan.
Macam yang berlaku semalam.Hikssss.
Mula-mula masuk nak beli Avene starter kit jer, sekali terbabasnya melampau-lampau. Sebelum tu dah dok bertimbang tara dalam Jusco, nak beli Clinique Whitening set ke takmau. Tapi total dalam RMM350, terasa sayang duit sangat sebab zaman sekarang, kalau tak cucuk vitamin C, idok ler lawa mana sangat jadinya. Kena "dia cucuk sana, dia cucuk sini, dia plasenta sana, dia botox sini" kekdahnya. Hahahahah! So cancel Clinique tu, kita try Avene. Tapi kesudahannya, membeli meraban taktau hala dekat Watsons. Sekian. Eyh, tapi tak kisahlah. Yang penting pulang dengan hati gembira. Apa orang putih kata tu, "self-reward" gitu, penat tau dok bancuh diaper cakes, kuikuikui!
Antara yang takmau beli tapi beli jugak,
Lipstick Bobbi dah gone, Chanel eye liner dah Adam buat macam pencil color dia -______- So not to cause any unfortunate events lagi, kita settle jer dengan drugstore makeup. Kalau rosak pun, tak terkilan sangat yer dop? Lagi pun, tengah gigih simpan duit, nak beli LAPTOP and SONY NEX, nak ganti laptop and camera yang dok tunggu hari nak kaput. *eyh, apasal aku asyik kerja mengganti barang jer nih? anak sapa Haris Bersaudara nih? Iskkk*
Lepas tu beli "Lutik" (lipstick) dekat Adam. Suka sangat main lipbalm Mama, nah Mama beli satu buat main. Harga RM6.90 jer. Aiman tak payah, satgi hang buat makan.
Last but not least, yang paling suka sebab dapat beli tote bag Paddington Bear ini dengan harga RM10 sajo. Suka sebab material dia ala-ala Harrods bag gitu, sesuai nak buat beg susu Aiman. Kalau kotor senang cuci. Kalau Harrods tu sayang la jugak, walaupun boleh cuci, tapi sebab dia Harrods, haruslah berkasih sayang sikit. Yang ini takpa, RM10 only :P
No comments:
Post a Comment