Minum air.
Satu pekerjaan mudah tapi jadi yang paling susah untuk semua orang buat. Most probably jadi susah tu sebab takdak perasaan nak minum air selalu. Bila dahaga baru cari air and most often, cari air yang ada rasa-rasa. Kalau dapat ayaq ais, lagi indahnya doniaaa begitu.
I was like that before. Tapi sebetulnya I bukan jenis orang yang susah nak minum air and I ok jer untuk minum plain water bagai ni. In fact masa belajar dulu setiap hari I akan beli 2 bottles of Spritzer 1.5L and make sure habis by night time, sebab kata nak bagi cerdik belajar, mesti kena cukup air. Hahahah! Tapi sekarang kenapa entah, bila dekat office tu, time tumbler dah kosong punyalah malas nak jalan pi kat tong air and refill water bottle tu kan. So yes, keyword di situ ialah MALAS.
Even now, the chances of being malas tu I rasa masih ada, lagi-lagi bila kerja dalam environment duduk-depan-desktop 9 to 6, jadi kenalah tukar strategi selepas ini. And this is how I made it sejak 3 hari lepas, to make sure my water intake cukup 4L.
Pagi-pagi, first thing first, before buat shake, fill in dulu semua water bottles ini and pastikan by bedtime, semua botol-botol ini dah kosong. :P Tak kisah lah sekali minum tu nak tonggang berapa banyak, tak kisah lah berapa kali kena ulang minum pun, janji by end of the day, air semua habis :)
But for now, botol klasik cap Herbalife ni lah paling faveret sekali. My drinking cycle will be based on every 400ml water dalam bottle putih ini. ;) Sekali fill in mesti 400ml, either plain water or tea mix, tapi 400ml lah, and that makes my total cycle minum air ialah 10! 4L = 4000ml bahagi 400ml = 10 kali refill HL bottle.
Kalau anda gigih, boleh la cuba macam ini. Kalau tak gigih, sila cari alternatif lain. Yang penting air kena minum cukup. Macam I ni banyak lah nak kena minum, dah fat percentage pun tinggi up up in the sky gitu. Hihihihi....
Monday - 30/01/2012
Breakfast: HL Vanilla Shake + Oat (400ml soya + 3tbsp HL + 1tbsp crunchy oat)
Lunch: Nandos 1/4 Chicken with Peri Corn & Grilled Veggies (tapi jagung tak makan pun, hihi)
Dinner: HL Cappuccino Shake (400ml soya + 3tbsp HL)
Total plain water: 1.55L (200ml + 500ml + 500ml + 350ml)
Total tea mix: 2.6L (400ml + 500ml + 500ml + 400ml + 400ml + 400ml)
No comments:
Post a Comment