Gula Tambahan adalah Fakta Benar

Advertorial. Scroll down for latest for more updates.

Haha! I know, mesti ada yang cakap, "more on added sugars?" Hihihi...

I guess my only concern bila sebut added sugars ni, taknaklah bagi anak I consume perkara yang tak diperlukan oleh badan. Aiman particularly. Bayangkan pulak bila sebelum tidur Aiman minum susu 8oz yang fully loaded dengan added sugars, which obviously tak diperlukan oleh badan, kalau dikumpul-kumpul, silap hari bulan empty calories tu boleh membawa kepada lebihan berat badan dan obesiti.

Sebab tu bila nak beli formula atau makanan atau minuman budak-budak sekarang, I bukan main lagi nak semak label. Tengok ada tak terms macam corn syrup solids, glucose syrup solids, sucrose ker macam tuh sebab tu semua added sugars.

Tapi sejujurnya, memang susah nak jumpa label makanan/minuman/susu membesar yang complete tanpa gula tambahan - "no added sugars" or "sugar free", so at least I pilih yang tulis "less sugars" and then check label betul ker tidak less :)

Tapi jangan tertipu, kot ada label yang tulis "Sucrose Free", memang dia sucrose free, tapi gula tambahan jenis lain still banyak dalam tuh. So itu pentingnya nak kena baca food labels betul-betul.

Memang susah jadi parents zaman moden ni, semakin banyak research and penemuan baru, semakin cerewet mak bapak jadinya. Hehehe. Macam I. :P Tapi yang pentingnya sekarang, nak timbulkan kesedaran betapa tak bagusnya gula tambahan dalam nutrisi harian anak-anak, bukan semestinya susu saja. Sebab gula tambahan memang sah-sah empty calories, buat tambah risiko kesihatan jer nanti dekat anak-anak, if not now maybe later life. Kesian depa.

Nanti next entry I nak share videos from experts tentang added sugars pulak =)
Yang montok enough dan tidak memerlukan lagi gula tambahan, hehe..


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs