Talking Adam: Episode 4



On Larangan Merokok

Ayah: *smoking. OUTSIDE*
Adam: *dalam kereta* Mama! Ayah hisap rokok!
Mama: Ha, nanti Mama marah Ayah, apa ni hisap rokok kan.
Adam: Tak payah marah lah.
Mama: Loh? Kenapa?
Adam: Nanti Adam amik wotan (rotan), Adam wotan Ayah! Besa ni haaaa. Haip!

On Jangan Membazir

Mama: Adam sayang Mama tak?
Adam: Sayangggg.
Mama: Banyak mana?
Adam: 2 lemon!
Mama: 2 lemon jer? Beribu-ribu lemon lah baru best.
Adam: Hemmm tak payahlah. Membazir beribu lemon *walk away*
Mama: -______ -" sayang emak pun nak berkira tauuuuu.

On Tidur Dalam Gelap

Mama: Adam tidur bilik Mama ok?
Adam: Takmau, gelap, lampu wosak.
Mama: Takpelah gelap, kita nak tidur jer, nanti Mama peluklah Adam.
Adam: Tak boleh. Kalau Adam jatuh katil, macam mana Mama nak nampak? *walk to Maktok's room* 
Mama: ~____~ kena tinggal anak sendiri, sobs....

On Being Fat

Mama: Adam, Mama kurus tak?
Adam: *look at me, up down* Hemmm taklah, ok, gemok.
Mama: What?? Mama kurus dah lah!
Adam: Buat apa nak kurus. Gemoklah best. Baru jadi macam Pa-ong (Paklong) Adi.
Mama: *lupa kita orang asyik feed this picky eater the statement "kena-makan-banyak-jadi-gemok-baru-best" -____-

On Kena Gigit Aiman

Adam: Makkkkkkkkkkkkk!!! Adik makannnnn.
Maktok: *buat tak tau, ingat Aiman dok gigit barang which normal lah tu*
Adam: Makkkkkk!! *Nangis*
Maktok: pusing tengok and *speechless*
Adam: Makkk, Adik makan bahu Abang, dia lapar....
Maktok: *hahahahahah!*
Adik: *bukan gigit bahu, gigit KETIAK!* -_______-"

On Shapes

Adam: Mama tengok ni, Pentagon dengan Oktagon!
Mama: *pengsan!* where did u learn all this? must be Chekgu iPad nih. Nasib dia tak sebut trapezium, hehe...

On Being Friends with VVIP

Adam: Mama ini Tiger Wood.
Mama: Hoh?? Mana Adam kenal?
Adam: Adam suka golf. Ini kawan Adam lah!
Mama: Amboihhh. Sapa lagi kawan Adam?
Adam: Hemmm Dato Najib, Dr.Mahathir pun kawan Adam lah.
Mama: *Aminnnn...* 


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs