Ok, by now I rasa semua orang dah siap-siap dah preparation raya, if not 100% sambil duduk goyang kaki saja, at least 70-80% tu dah sudah kot. Kita orang status at 60% la kot tapinya hahaha. Sebab kiddos part saja settle, I punya konon-konon dalam list tu macam-macam nak, tapi beli nya baru satu. Baju kurung beads beli kat Jalan TAR RM150. Biasalah, motif raya kalau diri sendiri, mesti nak yang cantik bergaya tapi murah. Kahkahkah. Sanggup lah kan redah Jalan TAR pukul 2 pagi and meriah ok that place, sampai Subuh depa bukak kedai.
Beli songkok Adam & Aiman jugak, murah RM15 sajo each. Tengok dekat mall, seketul-seketul tu dah RM30 -_-" Lepas tu songkok Aiman punyalah besar, size 22", orang tu tanya anak umoq berapa, kami jawab "2 tahun" pastu dia kata "todiaaa aihhh besaqnya kepala!" T____T Biar besar kepala fizikal, jangan kamu besar kepala buat tera sudah Aiman.
Then Mat Kown dok ronda pusing cari sampin. Hangpa laki-laki kalau nak beli sampin gorjes feeling Dato Menteri, pi beli kat Jalan Tar. Those yang dijual dekat malls for RM1000-RM1500, kat Jalan TAR you definitely can get at half of the price. Tapi bukan dekat BAK ka apa semua tu, yang still mahal, dah brand kan kot. Tapi ofkoslah, jual kat The Curve for example, haruslah harga mark-up feeling orang kaya saja. :P Cuma lagi, sanggup ker tidak redah Jalan TAR lah, itu saja heheehe.
Adam dah pandai cakap nak baju baru kasut baru segala. Orang dah besarlah katakan. But well, bab mencari seluar Aiman paling hazabedah. Orangnya katang gagah perkasa, tapi kaki pendek. I mean, pendek lah sebab dia baru nak masuk 2 tahun tapi body frame 3-4 tahun kan -_____-" Jeans or khakis, Aiman punya kena settle for 3/4 punya pattern, tak boleh amik long pants. Yang Adam pulak, tinggi melidi tapi pinggang aiyohhh macam barbie doll T____T
Belum part beli kasut. Adam size 8, then kita mintak dekat sale assistant for size 10 "untuk Adik dia", orang tu pun terkejut. How come Adik's feet bigger than Abang. Buat camna, Adik tolak batu dengan kayu saja -_____-"
Owh by the way, kalau korang nak cari tshirt best untuk budak tapi harga berpatutan, sila pergi Mothercare ok sebab those Great Value tshirts baru dalam RM24 after 20% discount. Baju FOS pun mahai lagi kehkehkeh. Yes, Mothercare punya baju banyak jugak yang mahai, but fret not, dalam tu banyak jugak yang harga murah. I target yang ada sticker Great Value tu saja hahaha.
And now Peacocks Bangsar Village ada sale 50% on most of the items. Socks 3 pairs RM13 okeh??? Memang makcik boronglah. Apa barang nak beli yang 5 pairs RM49 tu kan hehehe...Ok settle cerita bab baju raya.
Kuih raya pulak. Rumah kami macam kilang mini dah, sebab penuh dengan Nutty Thin tu. Beribu botol dah dok sampai and to be distributed ^___^ And orders untuk M&M Peanut Butter cookies and Snickers Choc Chip cookies pun this week Wednesday hari last nak distribute. Lepas tu tokey nak balik kampung. Dengan harapan kereta raya dah sampai kehkehkeh.
Order untuk diaper cake officially close. Sambung balik bisnes after raya on the 28th Aug ok? Now tak boleh nak squeeze in order dah, tangan cuma dua untuk settlekan apa yang tertunggak hehehe...
Akhir kata, harap dapatlah buat last tawaf dekat KLCC sebab banyak benda untuk diri sendiri kita nak beli. Dah buat bisnes, penutup tu mesti nak hora-hora untuk diri sendiri kan. Tapi kalau sempatlah, yang penting kena beli is lip liner, lipstick, compact powder, eye liner. Ha kauuu, sampai empat barang nak rembat. Tapi hoi, sapa kata membazir memang nak kena lempang sebab tengok ni yang dok ada skarang. Sikit hari lagi nak arwah dah makeup ni -____-" Nak beli banyak-banyak makeup stuff sekarang ni fikir sepuluh kali, sebab takut collection banyak lepas tu Aiman buat makeup show opera pulak. Huhuhu. Now I cuma ada satu makeup case, simpan dalam handbag. Di rumah guna itu, on the go pun guna itu. Takdak macam zaman muda-mudi makeup bersepah apa ada hal.
No comments:
Post a Comment