Adam & Eczema

Ok, since lately ni ramai bertanya progress Adam dan eczemanya, mostly sebab nak buat reference kepada condition anak masing-masing, jadi marilah saya cerita serba sedikit ok?


Eczema still there. Dia memang tak hilang, ikut suka hati nak flare up bila. And now that the weather is not very good, unpredictable with on and off hujan panas, so adalah masa dia tergaru-garu Hagemaru and batuk also. 

BUT.

His condition now is MUCH MUCH better that what he was before. Masa 2yo below tu, adoyaiii, tiap-tiap bulan ziarah Pantai Hospital Bangsar. Belum kira check in check out ward, siap pernah raya haji lagi dalam tu. Alhamdulillah now, keadaan lebih baik. Moving to age 4 next year, mungkin antibodi makin stronglah, tapi macam semua doctors yang kami jumpa cakap, Eczema never goes away. Dia hibernate saja. :P 

And we decided not to control him strictly lagi macam dulu. We decided to let his body to adjust and adapt to the environment. No longer say no to so many things.

Nak makan telur? Makanlah. But not so often lah. Seminggu 2 kali tu ok je tengok. Cheese and other dairy products pun ok je makan. Nak makan chocolate? Ice cream? Makanlah. He has already missed that part for long, tapi tu lah dia tak minat sangat sweet stuff, apa nak buatkan. 

Nak lari? Nak lompat? Nak swimming? Buatlah. Buat semua. Agak nampak penat, kita bagi Ventolin. Nak pegang pets? Kucing in particular, ok boleh, tapi sikit-sikit lepas tu kita basuh tangan bersih-bersih. Tapi kita tak bela lah ok?


Formula milk, no longer drinking Isomil. Now switch to Pediasure. Tapi kalau habis tak sempat beli, hentam je Anmum Essentials Aiman punya. Still ok, no side effect gatal-gatal ke apa. Alhamdulillah. Rumah kita pun ada carpet, tapi ini memang hentam guna Rainbow vacuum lah nak bagi bersih. 

Sebab paed yang cakap, jangan restrict dia sangat nanti dia lembik nanti apa pun tak boleh. Adam calls his Ventolin and Seretide puffs as Oksigen. Hahaha. So hari-hari dia akan remind us "Mana Oksigen Adam? Adam nak kena pakai Oksigen ni" Aku tatau la dia sedut udara ni apa, Carbon Dioxide ka apaaa. Hihihi.

The only thing yang I memang pantangkan is seafood. Tapi Adam pun memang tak show any interest nak makan udang ke, ketam ke, apa ke. Bila I offer, dia pulak jawab "Adam ada eczema. Taknak lah" So bagus, selamatlah and senanglah kerja kita.

Demam selsema pun kurang dah sangat. And paling penting, dah boleh accept oral medication! Ya Allah seriously, we felt like winning a battle bila Adam mau makan ubat tau. Dulu punyalah susah sampai kadang-kadang kita terpaksa menyakiti dia semata untuk suap ubat. But not anymore now. Cuma Paracetamol a bit susah to pujuk tapi bolehlah makan. 

Macam mana kita buat?

Ini susah a bit. Sebab agak mengambil masa untuk tanya dia betul-betul kenapa dia takut sangat makan ubat. Mungkin sebab dia dah pandai express perasaan dia, so he told us dia takut muntah bila makan ubat. Then, it took us few times to pujuk him makan ubat and the first shot dia makan, kita puji dia berbakul on how strong and brave and big boy that he can makan ubat and tak muntah pun. Kita orang cakap sebab "Adam dah 3 tahun, sudah big boy. Masa baby jer muntah" ^____^ Basically it's about building up his confidence level to accept ubat and to convince him that he will no longer vomit  after taking any oral medication. Everytime dia makan ubat, satu rumah kot tepuk tangan nak bagi dia konfiden habis-habisan. Haha.

Harap keadaan bertambah baik, if not hilang terus, maintain boleh buat activity macam kids lain dah ok sangat. Boleh makan apa yang Aiman makan hahaha tu dah bagus sangat. :P Takdak lah terkebil-kebil tengok Aiman makan cheese sorang-sorang. Hehehe...


1 comments:








zurin.zr

said...

Salam shila ,
I tumpang gembira psl Adam berani mkn ubt .... yes.. memang eczema takkan hilang ... coz i pun mengalami masalah yg sama sejak kecil . Now dh jd mak org pun masih alaminya. Pantang silap mkn...,msti merana ... but jaga Adam elok 2...wassalam




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs