Yeahhh, we made a day trip to Singapore. We as in Adam and Me. :P I ada kerja, tapi sikit je kerjanya tu, selebih kami hora-hora sempena Great Singapore Sale. Apa yang boleh disimpulkan di sini, kalau barang budak-budak memang berbaloi-baloi. Tapi kalau adults, I RASA lah kan, Pavilion KLCC One Utama lagi best kot? Tapi taktau lah, taste kita masing-masing berbeza, penampilan pun lain-lain. Tapi yang pasti, barang budak, baby semua tu, memang sangat murah.
Murah satu hal, banyak size and banyak pilihan. Contoh, Pumpkin Patch. Kalau dia kata pants for $16.90 tu, konfem ada at least 10 patterns of the same price yang kita boleh pilih and size pun banyak. Kalau kat KL ni, yang mana dia letak sale tu, alahai, size dah la tak seberapa, pattern pun ala-ala jer gitu. So yeah, sapa-sapa yang memang dah plan nak pi Singapore, silalah borong baju raya anak-anak sekali hehe..
Sesungguhnya Adam memang boleh jadi shopping partner terbaik. Senang bawak dia, senang nak ukur baju, and dia pun tak banyak perangai. Masuk Toysrus bagi dia pilih satu toy, lepas tu dia duduk senyap dalam stroller hehe. Time makan dia makan, time susu dia minum susu then tidoq. :P Next time kita boleh buat lagi ok Adam?
Nama pun day trip, takde lah sempat nak ziarah semua malls yang ada dalam Singapore tu kan. Orchard Rd konon-konon nak pegi before balik pun tak sempat. We spent the whole day dalam Vivo City tu semata-mata, itupun rasa macam tak habes pusing haha. Tak sempat pun nak lepak minum dekat Max Brenner tu. Huhuhu...
Cumanya yang tak best, exchange rate skarang $1 = RM2.50. Sungguh ler mahai. So, pembelian kena focus ikut plan. TAPI TAPI TAPI kan, last minute before boarding gate nak balik KL, sempat jugak beli satu handbag MBMJ dekat duty free zone itu weuweuweuweuweuweu. On sale somemore, terus rasa macam bijak sangat dapat beli. Tapi lepas dah masuk plane, terus rasa macam tak bijak sebab tak beli 5-6 bijik terus lepas tu balik jual dekat blog. Eiiiiii rugi betul rasa. Sebab banyak purse, bags, sunnies, accessories yang on 50% sale! Tax free lagi. Isk isk isk. Sampai hari ni rasa rugi dia T____T
Oh, pada yang email tanya, macam mana I bergerak dalam Singapore tu, naik train ke apa ker, jawapannya, kita orang bedal taxi saja. Last time masa pergi USS also naik taxi, this time pun naik taxi. Sebab ada stroller ler, tak kuasa aih nak fikir naik MRT segala. :P Tapi yer ler, harga dia kebabom jugak. From Changi Airport to City Centre pun dalam $20 jugak, guna meter. Redho je lah, apa nak buat.
Assalamualaikum kak, perghh shopping kerjanya. hahahhaaa
ReplyDeletePergh! Ni rasa macam nak terbang dan2 ni gak pi singapore. Belum sempat nak shopping raya ni, hehhehe. By the way...kompius dah ni, adam ni yg sulong ke yg no 2??? Muka hampir sama.
ReplyDeletebestnye...hr tu masuk Cotton On Kids kat Queensbay Penang....boring aje...very limited lah
ReplyDelete