Selamat Berpuasa :)

Selamat Berpuasa mader fader jentelman semua. Muahahaha sebenarnya I baru tau kewujudan lagu fader mader tu ok, itu pun sebab Adam bukak dekat Youtube. T____T No good no goodddd. Tapi tu lah, walaupun budak-budak ni tengok Youtube Disney Junior tu under close supervision, tapi bila kita lari pi dapoq sat ka, pi buat benda lain sat ka, laju jer tangan sorang-sorang click video lain yang di suggest dekat tepi tu. Tsk! 

Ok, berbalik pada topik Selamat Berpuasa, so macam mana semua orang sekarang sebab still pagi lagi ni kan. Dah terkebil-kebil mata kah? Dah berbunyi perut kah? Hopefully everyone is doing good now, up and steady, lagipun berpuasa sebulan saja hokey? Insha Allah kita ada lagi TIGA RATUS hari lebih untuk pulun makan, jika panjang umur. So mari saiko diri, kamon kamon it's only for 29 days okey? Eh bukan saiko, tapi motivate diri, hehe...

Sahur tadi I macam biasa memang tak makan nasi. Pagi tadi minum Herbalife shake, tea mix and plain water. Tapi my husband, memang wajib nasik. Kena pulak lauk special daging dendeng dengan nasi panas, memang kebabom. I tunggu berbuka nanti je nak mengadap daging dendeng feveret itu, pagi-pagi buta memang tak reti nak makan nasi ler kan, satgi sampai ofis konfem mata macam kena gam! Almaklumlah, metabolism badan pun bukan tiptop macam atlet, sebab makan nasik boleh mengundang suasana lemau kronik. Jadinya kena elakkan itu sebab I have reports to submit. Mata mesti mau buka luas-luas baru reports boleh siap.

Lagi satu, tentang pertanyaan "tak buat biskot icing kaler-kaler ker tahun ni?", sesungguhnya sangatlah nak buat. Tapi ada masalah sikit. Dekat rumah ada cookies monsters berkeliaran. I bake 200 bijik, by the time petang tinggal 100 bijik. Tak pernah nak penuh container, abes tu camne nak business haaaa?? So I rasa cara paling logik ialah I bake je and later tengok berapa balang dapat, lepas tu I jual je terus dekat Instagram and blog. Tak berani nak amik order hahaha sebab takut order orang kena makan dengan Adam and Aiman. Sebab dia bite size, so masing-masing dok genggam cookies dalam tangan. Haihhhh manyak susah Mami mau business tau.


Akhir kata, sudah-sudahlah bukak blog masak-masak tu Kak Tonnn, awai lagi nak cari ilham. Kuikuikui!

My sahur. This plus another 1 liter plain water ;) Bangunlah 4.30am, kalau nak bangun 5.30am and baru nak minum semua, memang sekian terima kasih ok. 


4 comments:








Cik Puan Rara

said...

wow.mst kurus nanti masa raya =)





Love Razila

said...

owh my...simplenyer sahur. alhamdulillah...rezeki gak tu. HEHEHE





tenku butang

said...

cantiknya blog nii.. waa.. geram pulak teman nengoknyaa..header tu lagileaa.. cumeyy!

hai.. salam kenal,
follower no.965
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/





Sheila Salim

said...

Assalamualaikum kak. hehe siannya. biasalah budak2 kan suka makan. dorang suka tengok warna cookies yang comel tu dok? heeeeeee




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs