Wuwuwuwuwuuwuw, memang tahap bersawang berhabuk teruk dah blog ni. Tuan sendiri lari pi mana tah sebulan lebih, hehehehe. Ok sebenarnya memang sangat busy, tahap tak boleh explain dah. So nak cari masa type tulis blog entry tu macam sangatlah susah. Ok, nak type tu tak susah, nak transfer gambar from iPhone to laptop then edit lagi, yang tu susah. So kesudahannya, tak update blog terus. Terus update INSTAGRAM kihkihkihkih. Konsepnya "A picture speaks a thousand words", share gambar, tak payah type hehehehe.
So, a little update on what I've been up to lately.
Cookies.
I bake cookies. Wahhhh terus jadi baker kembali gitu. Ok, ini bukan fulltime yer rakyat jelata sekalian. Ini suka-suka as hobby. Makna kata I accept order kalau I FREE. Di ulang, FREE --- ada masa lapang. And kalau order tu tak complicated, tak banyak requestnya, I acceptlah. Sebab nak buat cookies amik masa lama. Nak bake cookies, nak bancuh icing, nak buat outline colors tu, nak flood colors tu, nak tunggu kering, nak pack lagi, MEMANG LAMA. Sebab tu I accept small amount sahaja hehehe...
Diapercakes.
Business runs as usual. Yang ni tutup mata pun boleh buat. Hahahhaa. Belagak mintak lempang :P Maksudnya, yang ni tak rumit kerja dia, sambil tengok TV boleh buat. So takdak masalah.
Cousins Kahwin.
Hah yang ni penting. Tahun ni, I dapat ramai cousins baru. Perempuan pulak. Bagus tu, sebab Geng Joyah nampaknya semakin berkembang hehehee. So bila jumpa tu meriah sikit nak bergossip Cik Bedah. Insyaallah soon dapat anak sedara baru (anak kazen ku). Kalaulah keluar baby girl, memang seronok Mak Chak Shilashower hang beli baju online. Haha. Anyway, bulan 10 ni ada kenduri lagi, baju apa nak pakai pulak ni? Banyak sangat kenduri, so kena susun baju so bila amik gambar family, baju semua lain-lain hahaha.
Haris Bersaudara.
Alhamdulillah, sihat sejahtera. Aiman turned 3 last August. Hahaahha, I know mesti ramai terkejut, "baru 3 tahun je??". Yer sesungguhnya body frame Aiman tu sangat melangkaui umur sebenar dia. In fact, melebihi size Abang dia. Very often orang akan ingat Aiman yang abang hehehe, and Adam tu adik. Sekarang dia orang dah bestfriend sangat. Dulu Adik kecik lagi, nak communicate dengan Abang pun susah. Sekarang ni, they are like twins. Ke hulu ke hilir berdua, tapi ada jugak time perang, but to me that's normal.
Officeworks. T______T
Ni takdak comment banyak. Walaupun hajat nak resign tu membuak-buak, tapi kesudahan ku tetap di sini jua, hahaha. Sayang syarikat, nak buat macam mana. So duduklah dulu, kerjalah selagi mampu. Tapi rasanya kalau masuk anak no.3 boleh jadi kebarangkalian besar untuk I berhenti. Sebab rasa tak kuasa nak ulang routine pam susu dekat ofis hahahahaaha. Nak gather all the ketabahan dan kesabaran tu rasa macam AIHHHHHH mampu kerrrrr. Anyhow, tu nanti. Buat masa ni, anak masih dua dan belum nak decide tambah lagi hehehehee. So kita chillex dulu.
So oklah, itu saja update yang hado buat masa ini. Takda apa yang extravagant, macam biasa-biasa saja tapi hati bahagia. Ok itu konsep kehidupan yang penting. Duit selombong kalau hati tak happy, tidur tak lena, makan tak kenyang pun tak guna jugak. So yeah, silalah happy-happy selalu :P *peace!*.
Agak-agak kalau blog ni nak menuju ke mode hibernate *lagi*, silalah ziarah Instagram saya, SHILASHOWER, Insyaallah situ lebih lively. :P (sebab situ tak payah buat karangan 200 patah perkataan, dalam traffic jam pun boleh update hehehehe).
cantiknya cookiess...comel
ReplyDeletecomelnye cookies tu!berminatnye nk order,tggu my doter's 1st bday laah :)
ReplyDeleteOh my!! Cookies ke tu? I tot itu adalah fridge magnet... Sungguh real dan comelsss...
ReplyDeleteyou...nak recipe cookies tu bisa kah?
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. wahh bestnya bertambah geng ni! hehe Adam ni senyum comel. Aiman muka 'whatever' all the time ek? cute both of them *_________________*'
ReplyDelete