The Unplanned Honeymoon!

Korang pernah tak rasa, dalam kesibukan bekerja, dengan anak-anak, dengan side business if any, dengan kerja ofis yang menimbun tak pernah surut, tiba-tiba rasa nak lari pi duduk relax and do nothing and just lepak melangut like that? I kalau time schedule sampai dah full pack, sampai nak makan pun tak sempat, memang akan rasa macam tu. Tapi rasa jer lah, bila teringat anak berdua tu, terus rasa macam "mana boleh pi cuti tinggal anakkkkkkk". Konsepnya, pergi mana-mana pun biar bersama. 

Teringat dulu masa nak overnight dekat Cyberview Lodge Resort lepas habis Nuffnang Awards event tu pun, malam kami dah tak keruan. Tak boleh tidoq! Last-last pukul 12 tengah malam from Cyberjaya, drove back to my parents place and angkut budak-budak tidur dekat hotel. Katil king besar-besar, rasa kosong pun tak guna jugak. Nak tidur himpit-himpit jugak best.

So back to the story above, bila rasa nak buat quick escape tu, memang selalunya fail lah. 

BUT! Finally last weekend dapat peluang tu, and we get to enjoy the moment tanpa rasa bersalah sangat sebab tinggal anak. SEBAB bukan kami yang nak tinggai depa, budak-budak berdua tu yang tak nak ikut mihmihmihmih. Adam wanted to stay dekat rumah cousin I (in fact masa tu dia dah duduk sana seminggu, lepas tu takmau balik lagi, so fine lah) and Aiman nak duduk rumah Maktok and Wan, so basically both of them takmau ikut Mama dengan Ayah.

THANKS KIDS! You guys are awesome sebab bagi chance macam ni dekat Mama and Ayah hahahaha. Tapi sungguh ciskek jugak lah sebab both of them macam tak heran je kena tinggal. Tskkkk. And tu bukan lah honeymoon sangat pun, sebab the main reason pergi Penang sebab my husband ada kerja and last minute I decided to menyibuk sekali. Padahal weekend before dah ikut pergi Kuantan, hehehee kerja nak mengikut je kannnn. Dah la masa tu demam, dengan flu yang seminggu tak baik-baik lagi (I dah risau H1N1 ke apa sebab selsema punya lama) hahaha, tapi mengenangkan peluang tak datang selalu, ikut jugak pegi Penang tuuuuu :P


So yeahhhh merasalah kami ber-honeymoon sekali lagi berdua. Ok, takdak yang romantik bombastik apa ok, sampai Penang pun dah malam, terus check in and jumpa katil and tidur. Sleep deprived couple, what else could we ask for? :P Candle light dinner segala semua tak nampak dah, nampak bantal and katil jer. And after so long, merasa lah bangun tidur pukul 10 pagi, tanpa ada minions datang kacau "Mami nak susu! Mami nak roti jem! Mami Adik berak! Mami nak bukak 613!" and so on. Yeah, it's always MUMMY. Or MAMA. ~___~


One cool thing about Holiday Inn Resort Penang is that they have extended their breakfast hours up to 11.30am. Sangat terbaik, tak payah nak Joyah sangat kelam kabut kejar breakfast time ok? And merasalah menikmati buffet spread dengan aman damai dan penuh konsentrasi. Nak makan pun kena concentrate, baru rasa nikmat foods tu. Hehehehe...





Then we tried this! Ok bukan try sebab ini my second time, cuma Mat Kown je first time naik. Dulu I naik sorang, sebab Kown had to stay and look after the kids (Aiman was screaming like mad sebab Mami terbang naik awan bwahahahaha). So this time, dapatlah merasa naik dua orang, macam sweet jerrr, macam romantik jerrrr atas awan tu kan hahaha. Awesome experience I must say. Tapi lepas dah upload photo dekat Facebook, then people came to comment, "hari tu ada orang Arab mati jatuh benda ni". Innalillah to that person and glad that we landed safely in one piece hehehehehe. Orang kata pengalaman sekali seumur hidup, so at least kami dah pernah 'terbang' sama-sama hehehehehe. 





So tu je lah highlight of the story, we went para-sailing together haha. Later that afternoon, checkout, then pergi Queensbay Mall (my husband gave me 30-minutes to have my quick shopping trip, yeah like only TIGA PULUH MINIT SEKIAN) then pergi buat kerja sikit, then settle semua kerja terus balik KL. Basically that was a super quick honeymoon sebab less than 24 hours pun. Jadilahhhh, dari tak ada langsung heheheheh.




 Mummy bawak lari bantal busuk kids :P

Forever 21 SALE! Best huiiiii!!


8 comments:








Love Razila

said...

comel sangat bila u sebut "minions" HAHAHAHA haahlah...anak2 ku jua seperti mu, kejap2 datang minta milo with oat, kejap2 datang bagitau sakit perut nak u-uk kejap...kejap2 datang ngadu orang tu buat orang ni...sat lagi mai lagi sorang cakap, mana ada orang tu yang buat orang ni dulu. adeh...x senang nak bangun lambat. HAHAHA.
Seronok kan dapat holiday macam tu, aman damai rasanya =)





Zaila Mohamad

said...

semoga angin rajin untuk update blog semakin meresap ke dalam jiwa muuuu





My Love..

said...

bestnya berhoneymoon...hehehe..

i pergi sabah buat parasailing jgk...tp i berani sbb drg ckp "ni bukan mcm kt penang landing atas pantai yang bahaya tu" and yes kami berlepas and mendarat di tengah laut di atas boat... :)

sana brapa harga ek...





Eliss Mie

said...

wah bestnya berdua2an :) sekali sekala kan...bukan selalu. me pun dah lama tak berdua2an ngan hubby ni sejak dah berempat2an ni..huhuhu





nie eim

said...

aaaaa bestnya!





Safarina Shaari

said...

beznyaaa.....





CPTatie

said...

selalu rasa macam ni. esp bila stress. mesti rasa nak packing dan berjalan





Sheila Salim

said...

Assalamualaikum kak. best gila jalan berdua. heeeeeeeeee ada orang jatuh daripada para-sailing? ngerinya dengar +_____________+'




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs