Villa Samadhi Kuala Lumpur

Baru entry lepas cerita pergi honeymoon, konon macam lama sangat dah tak cuti berdua. Sekali dok update iPhone jumpa gambar-gambar ni. Eyhhhhh macam mana boleh hilang ingatan pergi celebrate anniversary dekat Villa Samadhi ni? Isk isk isk.


Bunyi Villa Samadhi bajet macam luar KL lah kan. Bunyi macam nak Bali pun ado. Tapi takde maknanya nak Bali segala, Villa Samadhi nun di tengah KL sana, belah-belah US Embassy sana nuuuu. Jalan Madge tu lokasi spesifik dia. Zaman sekarang ada navigator kan, so konfem tak sesat punya.

I never thought such place would exist in KL, I mean tempat tu senyap sunyi aman damai despite of the location yang right smack in KL. Kalau tak silap dekat website dia dah state yang kids below 12 memang tak dibenarkan dalam Villa ni, maybe sebab tu senyap aman jer. Masa kita stay tu pun tak nampak local couples, banyak omputih je bersidai tepi pool dengan partner masing-masing. Dengan orang Jepun, ke Korea camtu. 

Yang ni memang boleh declare honeymoon bwahahahaa sebab memang check-in pun ontime, then malam siap kami keluar pi Pavilion dinner and tengok midnight movie. Esok pagi bangun boleh lepak breakfast tepi pool segala, macam tak rushing nak kejar apa-apa. 







Komen servis dia? Ok lah, takdak apa yang kurang, semua memuaskan hati. Bilik besar, katil besar and TINGGI GILA (kalau jatuh katil mau bengong seminggu), ada laundry service FREE (tapi kita tak guna pun sebab macam helo, rumah kau dalam KL balik je la basuh baju), petang tu dia hantar kuih kat bilik, buat minum petang katanya haha (air bancuh sendiri lah, dah bagi lengkap semua), bilik homaigod gila ko boleh main bola dalam tu. Rasanya bathroom dia itself same size dengan bilik tidur tu hahahha. Ada jacuzzi kat balcony luar, hahahha itu yang paling cool skali. So imagine bersenang lenang dalam jacuzzi, sambil nak tidoq ka apa, tengok langit KL, dengan pokok-pokok, dengan tenang sekali? Owh lagi satu yang best, kereta kita pun dia tolong basuh sekali. Haaaa berkilat terus ok kereta the next morning tu. 







Apa lagi nak comment eyh? Dah tak ingat sangat sebab dah quite sometime already, yer la anniversary pun masa May, now dah November. Dah masuk siri 30 ni, bukan boleh ingat benda lama-lama hahaha. Apa pun, for purpose of recording dan niat suci murni nak update blog hari-hari, so tengok gambar jer lah. Sapa-sapa rasa dia perlukan quick getaway dengan pasangan masing-masing, rasa tak nak pergi jauh-jauh tapi nak feeling-feeling Bali Phuket segala, boleh cuba Villa Samadhi.

Tapi harga check sendiri, hehehe...















4 comments:








Love Razila

said...

Hew...sound so good. Ahaks, nak pi check price ni, nak request celebrate annyversary Dec ni kat KL je. HAHAHA =)





Sheila Salim

said...

Assalamualaikum kak, peram cerita ye? hehe comelnya macam pasangan baru nikah je. Adam Aiman duk rumah maktok dia ekk. sorry lambat wish, happy anniversary. semoga bertambah barakah dalam hidup dan dimurahkan rezeki. in shaa Allah :)





Sofiea Aieyn

said...

boleh tahu jenis bilik yg awak book ni?





Sofiea Aieyn

said...

boleh tahu type bilik yg awak check in ni?
TIA




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs