Ok, entri ni wajib buat. Lepas dah sakit perut gelak-gelak LOL-ing dalam Whatsapp dengan cousin ku Supersalmi, tauke besar Suri Sara tu. Haaa pegi visit Suri Sara beli baju, banyak size ada sampai XXXL pun ada (selingan iklan anak beranak dulu hehehe).
Ok, back to the main topic.
Zaman sekarang ni kan Facebook, Twitter, Instagram & segala jenis social media yang lagi power dari iklan TV, mahupun iklan surat khabar, ataupun billboard yang beribu-ribu lemon harganya tu. And I personally think, Instagram paling powerful lah. Sejajar dengan konsep "Picture Speaks a Thousand Words". Nak meniaga barang pun tak payah nak buat ayat promo beria sangat. Plus, Instagram pun ala-ala macam dah take over blog sekarang. Dekat blog kena buat karangan, dekat Instagram tulis satu perkataan pun kadang-kadang boleh dapat "Like" and "Comment" beratos. Tapi tu kalau tahap artis la, tahap Shilashower sini ala-ala boleh laaa hahaha.
Tapi tu lah, bila dah boleh communicate direct dekat situ, macam-macam lah perangai orang kita jumpa. Boleh agaklah, "ooo ini mesti adik-adik ni", ataupun "oooo dia ni mesti baru install Instagram agaknya" (sebab dah apa kejadah orang sakit masuk ICU pun kau like?) and macam-macam lagi la perangai.
Jadi di sini suka lah hendak saya rumuskan, 6 jenis common questions yang orang selalu tanya (be it on FB, Insta or Twitter) yang tukang jawab tu boleh rasa nak hentak kepala dekat dinding hahahhahha. Serious tak main-main ni. Tapi korang janganlah baca serious-serious tahap muka berkerut, kang ko emo ngan haku pulak kehkehkehkeh!
Soalan 1
Soalan berkenaan lokasi. "beli kat mana? makan kat mana? ini kat mana? mana? mana? mana?"
Cadangan: Apa kata kita belajar baca hashtags. Hashtags yang diletakkan bertujuan memberi info walaupun tak dinafikan hashtags tu kadang-kadang kita misused dengan sesuka hati seperti #sukahatiakulahkauhadoooo ha macam tu. Tapi kalau dia tulis situ #klcc #parkson #ogawa #yunnam ha tu kan dah umpama memberi info kepada soalan kita tadi? So kita pun tak payah susah payah nak tanya "mana? mana? mana?".
Soalan 2
Soalan berkenaan size. Hoihhh, ini tahap nak gelak nak nangis nak blur pun ada bila nak jawab.
"Akak, baju ni agak-agak saya muat tak?", "Anak saya umur 5 tahun, so kaki dia size apa?, "Size you pakai sama tak dengan I?"
Now sila bagitau bagaimana harus di jawab soalan begini. I believe online sellers banyak dapat soalan yang tatau hujung pangkal ni hahahhhaha. Ko tak jawab orang sentap. Ko jawab tapi tak memberi solution nanti dia kata, "ni nak jawab ke tak?" but you definitely takde jawapan tetap untuk soalan-soalan itu.
Cadangan: Sila dapatkan measurement tape dan sila keluarkan sedikit tenaga untuk ukur badan/kaki/tangan/punggung/kepala/whatever and refer to the size chart given on website/blog/insta/fb page ke apa. Selalunya orang yang jual barang dia akan bagitau size, paling tidak pun S/M/L/XL gitu. Boleh kot kita agak-agak. Cuma kena lah usaha sikit ukur baju di badan sendiri, literally.
Soalan 3
Soalan macam mana nak contact/order/beli barang.
Cadangan: Selalu yang I perhatikan, kalau orang nak jual barang, PALING CABUK pun dia akan letak email dia, or handphone number untuk orang contact. Kalaupun not in the specific entry, dekat profile page ke mesti ada. If takde jugak, cuba check previous entry/page, mesti ada. Hidup kena rajin, jangan nak dilihat yang didepan mata saja. Gituuuu :P
Soalan 4
Arahan yang macam sangat random. "PM", "EMAIL" --- ini paling common. Tataulah, mungkin sebab I ni spesis yang tak boleh baca otak orang, so kalau tengok orang kata "PM", nak PM apakah? Nama? Alamat? Harga barang? Size? Hobi? A/S/L?
Betul, kadang-kadang kita rasa yang common tentang PM tu adalah harga. Tapi itu kita yang rasa. Kalau orang lain tak rasa macam mana? Kena plak salah jawab, ada orang kadang-kadang dia nak si pemberi jawapan tu bagitau dengan detail, sedangkan soalan asal dia cuma "PM".
Cadangan: Panjangkan soalan tu sikit than just "PM". Seperti, "boleh PM saya harga/size/etc barang ni?". See? Nampak lebih berhemah sikit, dari just arahan random "PM". Tak cool that way.
Soalan 5
Soalan berkenaan barang/makanan/kejadian yang tertera pada entry yang dipaparkan (FB/Twitter/Insta/whatever). "Eiii, lagu apa tu? Bestnya." So tuan punya FB/Insta pun jawab lah. But after 3-4 kali jawab, yet ada lagi soalan sama, dia mungkin tak jawab dah. Sebab jawapan tu dah berulang kali di mention dekat comment box.
Cadangan: Mari rajinkan diri baca comment box dulu, cari jawapan yang berkemungkinan ada di situ. Selalunya ada. Tak percaya cuba.
Soalan 6
Soalan kepada jawapan yang telah diberikan.
Contohnya, mula-mula dia tanya, makan dekat mana. So jawapan dia "Ben's Publika". Lepas dia tanya balik, macam mana nak pegi Publika? Sekarang sila fikir bagaimana nak bagi jawapan yang tepat untuk soalan itu. Kadang-kadang kalau jawapan tu kena jawab panjang-panjang, orang memang malas jawab. Kena pulak time tu kita tengah driving ke, masak ke, beratur nak bayar bil ke apa ker, kita memang nampak ada soalan tu, tapi tak sempat nak jawab. After a while, kita lupa.
Cadangan: Kadang-kadang bila kita dah dapat jawapan pertama, apa kata langkah seterusnya kita usaha sikit menggunakan internet, paling femes is GOOGLE. Korang jangan nak buat tak reti pulak amenda tu Google. FB/Insta/Twitter semua pandai, Google ko tak reti pulak kan. Konfem dapat jawapan. Senang cepat pantas.
Last but not least, kita kena ingat, bukan semua orang kehidupannya 100% mengadap FB, Insta apa semua tu. In fact, for a fulltime seller yang core business bergantung pada market Instagram (contohnya), dia pun ada personal life jugak. Sama je macam kita kerja dekat ofis ni, waktu kerja kita kerja, waktu balik kita balik settlekan urusan lain. So this people mungkin dia dah allocate, ok waktu untuk reply msg2 whatsapp/comments/inbox/email is from 9pm-12pm. Contohya.
So janganlah amukan bila pertanyaan kita tak dijawab sepantas mungkin. Consider life orang sama walaupun dia meniaga online. Trust me, seller ni kadang-kadang kalau dah nampak unsur fussy buyer, dia lebih rela elak dari awal untuk avoid masalah di masa akan datang.
Sebenarnya ada banyak lagi soalan yang sampai I ngan Salmi tak larat nak gelak dah, tapi cukuplah enam tu. Itu pun dah boleh bagi cukup conclusion. Makna kata, kena lah usaha sikit, kalau kat social media, rajin-rajin click comment box, baca hashtags, cari info kat profile page ke apa, cepat je pun, bukan lama mana. Gadget masing-masing kan canggih :P
I likw this entry so much.. the best phrase...
ReplyDeleteMakna kata..... :)
Well said beb!
ReplyDeleteBila kat instagram suruh PM, itu haru jugak toke! *had same experience* lol
Hew hew terbaik lah entry ni!!
ReplyDeletelg 1 yg sy pling x suka bila org brniaga dlm fb ade yg x ltak hrge....."pm for best price".....tp bile kite pm haram x bjawab........3 or 4 ari kmudian bru jwab.....kite da bli kt tmpt lain bru nk jwab.....ape kejadah nye????
ReplyDeleteSatu lagi..aplod gambar makanan..pastu orang komen tanya.. "halal ke?" Amboi kemain annoying kau ye.. menyampah rasa nak pijak org camni..kalau dah berani makan dan aplod gambar kat restoran tu maknanya it's halal lah..takkan lah kita ignorance sangat psl status halal tu kan.. herherherr.. i tak penah kena, tp tgk stegrem shilashower dgn iza asek kena.. rasa annoyed jugak dgn komen begitew :p
ReplyDeleteAssalamualaikum kak. semuanya relevan dengan realiti kita. haha lawak baca semua ni
ReplyDelete