Disneyland Hong Kong - Part 1

Good Morning!

Nampak tak semangat nak update blog? :P Ok, hari ni nak cerita tentang holiday tak terancang ke Disneyland Hong Kong. Tak terancang sebab flight tickets, hotel and theme park tickets semua beli less than a month from the departure date. Ni semua pengaruh iklan Disneyland dekat Disney Junior channel 613 tu ler. Pergi pun 3 hari 2 malam je and memang pergi Disneyland semata-mata haha. Big boss busy, schedule pack, dapat date dia from 31 Dec 2013 to 2nd Jan 2014 tu pun sebab confirm dates tu orang cuti, so big boss pun kenalah cuti kan. Ok lah dari takde, dari melangut dalam rumah je hehe.


I dah tak ingat banyak sangat about this trip sebab well, dah almost a year kan baru nak update story. We had an early morning flight from KL, so sampai Hong Kong pun pagi lah jugak. Unfortunately, check in hotel tetap lah pukul 2pm. So yeah, dari pagi tu sampai pukul 2 petang kami melangut dekat lobby hotel, sadissss. Tapi takpe, lobby dia best jugak, ada sofa best nak lepak tidur, ada TV so kids boleh la layan cerita Disney. Cuma kalau dapat katil lagi best lah kan hehee. It was super peak period that time, so to get an early check in adalah impossible. And lagi satu, bila lama dekat lobby, lama jugak the kids dok keluar masuk Disney store tu. *Pengsan!*



Morale of the story, kalau dah plan nak sampai awal dekat Hong Kong, make sure pagi tu ada activity. Or better take 2-days pass ke, sampai-sampai boleh terus masuk theme park. After all, one day memang tak cukup, tak sempat round habis satu park tu pun. T____T.

One funny thing is, ramai orang dekat hotel tu suka datang tengok muka Aiman and Adam and cakap, "wahhh so round eyes!". Hahahhaa. Sebab depa semua mata sepettt. Siap ada satu budak ni, tak pasti lah from China ka, Korea ka, Japan ka, tak berkelip tengok muka Adam. Punyalah lama dia melangut tengok Adam. Haha.


Ok sambung. From HK Airport to Disney Hollywood Hotel, kita naik cab. New Territories line, the green colored cab, cost about HKD$100-120 macam tu kot, tak berapa nak ingat dah. But if you want a cheaper mode of transfer, of course naik train lah, but since we only have 2 adults to control 2 kids, with luggage and twin stroller, train is definitely not a good option for us. 





Disney's Hollywood Hotel kita book siap-siap online, through website Asia Travel. Kena rajin sikit google for info and compare which websites offer the best rate. Dah la pegi super peak period, booking pun last minute, memang gigihlah browse cari hotel rate yang paling best. Husband pulak cakap, "Disneyland only", makna kata tak payah nak bersusah payah study benda yang di luar Disneyland haha. Ok la, logik jugak sebab time tu New Year and memang the town SANGAT-SANGAT packed and crowded dengan umat manusia. 



Entrance tickets Disneyland pun book online, straight from the website. Slightly cheaper and save the queuing time compared if you were to buy over the counter. 

Ok ni yang paling penting, jangan lupa beli SIM card dekat airport siap-siap hehe. If you are an avid smartphone user lah. Spesis kejap-kejap nak Insta, kejap-kejap nak Tweet, FB, Blog dan segala-galanya, sila beli SIM card terus. I bought mine from this 1010 outlet, located in the public area of Hong Kong International Airport, Terminal 1, Aisle F, Level 7, departure hall. Hah, hafal ni. Tapi I tak ingat berapa harga, dalam HKD$100 kot, tapi I ingat I cakap nak beli one week data plan. Bagi jer iPhone dekat orang tu, nanti dia tukarkan sim semua siap, setting semua sekali. Settle. Boleh berbahagia guna Insta lepas tu hehehee. Kita beli satu je, sebab husband punya phone connect through hotspot, so jimat lah hehe.



Alrite, kita sambung lagi later. Ni baru cerita upon arrival, belum lagi hotel review and Disneyland itself. Aiman panggil ni, dia nak lunch. Tapi baru 11.20AM. T_____T










3 comments:








mama leen

said...

LAMA TAK UPDATE.. HEHE.. LAMA TAK TENGOK ABG2 ENSEM





Mrs.Farhana

said...

baru nak tanye bile g, sbb baru2 ni cm xde kuar oversea kan?rupanya dh sethn yg lalu...cpt sambung kak..^_^





ReeneeRaaid

said...

hello there! I'm your new follower :)
Thanks for the info. Kitaorang mmg planning nak gi sana bulan 3 nnti :)

p/s: your kids are super cute!!




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs