Disneyland Hong Kong - Part 3

Ok, cerita dah setahun lebih, sampai dah pergi Disneyland Paris, yang Hong Kong tak habis-habis lagi. Haha. Memang nak sangat habiskan semua cerita jalan-jalan tu, tapi selalu tak sempat cari masa nak buat karangan. So I cuba lah this time.


Bukan cuba buat blog post, tapi cuba untuk recall balik the DOs and DONTs and other tips that probably be useful untuk topik Disneyland Park Hong Kong.

For this trip ni, park tickets dah beli siap-siap online, so jimat masa tak perlu beratur panjang untuk beli tiket lagi. Sebab waktu kami pergi ni super peak season, just after Christmas and New Year Eve so boleh tahan jugak crowd dia. Cuma kena bawak transaction documents tu pergi dekat this dedicated online tickets counter, untuk claim the official park tickets (yang gambar Disney's characters tuuu). Jangan risau sangat rasa macam susah ke apa sebab semua tempat/counters/attractions ada proper signage. In English.

Info on park tickets (as in price) boleh refer sini.

From Disney Hollywood Hotel to Disney Park kita orang naik shuttle bus. Betul-betul depan hotel and quite frequent trip dia, so memang tak pernah tunggu lama, not even 10 minutes. So ok lah, sebab masa ni sejuk kalau time angin tiup tu memang brain freeze la rasa dia. The same shuttle bus jugak untuk pergi train station (train line to City) sebab station tu dekat Disney Park.





TIPS #1
Strollers. Anak-anak kami ikutkan dah besar la kot kan masa ni, 3 and 4 years old. Tapi budak-budak, kalau time dia penat, memang dia buatlah perangai malas nak jalan and all. So diGALAKkan sangat untuk bawa or rent stroller. Boleh sewa jugak, fee dia HK$100 and refundable deposit HK$100. Further info boleh refer here.


TIPS #2
Food for kids. Bawak lah foods untuk kids. I bawak biscuits, Milo ke apa tah lagi untuk Adam & Aiman. Yes their policy memang "No Outside Food" tapi bila ada budak ni dia orang macam takde la strict sangat masa tu. Tapi janganlah bawak macam nak berpicnic sangat dalam tu. I dah siap create alasan dah, kalau tak lepas I nak cakap my son Adam ada eczema so he can only eat certain foods. Tapi dia tak kata apa pun, lepas je semua foods tu hehe.

TIPS #3
One day pass is definitely NOT enough. Sebab bila baca review, majority orang kata HK Disneyland Park kecik je, sehari pun sempat tawaf. Tapi I lupa laaaa yang cakap kecik tu semua review orang bujang. Yang masuk park, zassss zassss boleh main sana sini, que apa semua. I lupa lah I ni level mak-mak, jalan selangkah anak nak masuk kedai. Jalan lagi anak nak pergi toilet. Jalan lagi anak cari makan. Dan segala macam pit stop which at the end menjadikan satu hari memang tak cukup. Tu baru anak dua orang yang cranky level quite low, cuma banyak berhenti sana sini. So plan well parents. Macam kami mana-mana area yang extreme tu tak masuk pun, banyak dahulukan area yang kids friendly je. Orrr maybe advice tu dah outdated sebab at this point pun dah ada three new attractions yang baru buka, so memang tak cukup sehari.

TIPS #4
Halal Eateries. Ada 2, Tahitian Terrace (Adventureland) and Explorer's Club (Mystic Point). Kami makan dekat Tahitian Terrace, menu Asian and order dekat counter. Bukan spesis buffet lah. Kita orang dine in dua kali dekat sini, lunch and dinner. Senang. Further info on halal restaurants in Disneyland HK (hotel and park), boleh refer SINI.



TIPS #5
Study show times and plan nak ronda macam mana. Sebab parades, fireworks, meet & greet and stage shows semua ada time dia. So kena highlight jugak mana yang paling top priority and mana yang nak exclude sebab macam kami yang beli 1-day pass, mana cukup nak cover semua. Jangan masuk park tu menonong je cuba nasib beratur mana suka. Nanti rugi masa. Tu pendapat I lah ehehe. Yang paling utama jangan miss FIREWORKS show tu, bersabar je la dengan kids sampai malam hehee. Macam kami stay dekat Disney Hollywood tu, petang tu lari balik hotel kejap sebab nak refresh kids and nak solat. Very much thanks to the shuttle service yang agak kerap jugak.



TIPS #6
Fast Pass. Nampak je tulis pass tapi takde extra charge. Cuma dia memudahkan kita from beratur panjang-panjang. Masukkan ticket kita dekat fast pass machine tu, nanti dia akan issue ticket with time to return stated on it. So kita datang lah balik ikut time stated and dia ada specific line for fast pass holders. Tapi kita orang tak buat pun, sebab untuk rides yang kami naik waiting time dia tak lama. So beratur je lah. Every rides tu dia ada area untuk park strollers, so letak je situ and selamat Inshaallah. Tengok orang lain tinggal siap dengan diaperbag shopping bags semua situ.

TIPS #7
Meet & Greet Disney Characters. Kena check dekat booklet dia area mana and pukul berapa sebab Mickey bukan dijumpai di mana-mana area dalam Disney Park ehehehe. Kalau tak check timing memang jenuh beratur. Kalau tak check location dia, lagi jenuh nak pusing cari satu park tu.






TIPS #8
Washroom. I rasa macam takde air je washroom dia, tak berapa ingat lah. Tapi I memang bawak botol air mineral kosong dalam beg, so nak pergi toilet isi lah air dalam tu hehe. And wet wipes paling wajib bawak, hand sanitizer and mini shower gel. Macam kecoh je nak angkut semua kan tapi well, di kawasan khalayak ramai I cuba je la sedaya upaya nak jaga kebersihan family. Jadilah. After all tak take space banyak mana pun. Sebab budak-budak kejap nak air, kejap makan biscuits, lepas tu popcorn, lepas tu nak pergi toilet, kalau takde bahan-bahan tadi, haihhhhh jenuh melekit tangan!

TIPS #9
Disney Stores. Pandai-pandai lah siap sedia sebab Disney stores tu memang menggugat jiwa. Sangat. Walaupun rasa alah budak-budak je nak beria dalam ni, kita ni dah tua apa la sangat. Ohhhh memang tidak lah ok. Memang ada je benda nak merapu dalam tu. Tu belum budak-budak nak buat kenduri mintak itu ini. Memang kena tingkatkan kesabaran dekat situ. Rasa kalau diri spesis impulsive buyer haha sila lah bawak bekalan HK$ lebih sikit :P



TIPS #10
Keep calm and enjoy. Serious. Nampak macam tak tips sangat, tapi tu sebenarnya memang tips ahahaha. Especially untuk parents yang ada anak kecik. Yer la, mungkin along the way tu terjadi macam-macam situasi menggugat kesabaran tapi at the end of the day, we want to create the memories, cherish the moments and etc. So yeah, apa jadi pun kena keep calm and enjoy! Walaupun anak mintak beli waffle and popcorn tu 5-6 kali lepas tu makan tak habis. Hehehee.





























1 comments:








Sheila Salim

said...

Assalamualaikum akak.. bagusnya banyak tips berguna. hehehehe comelnya anak2. besar dah the Adams




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs