Disneyland Hong Kong - Part 4

Part 2nd last, almost there and nak habis dah. Yeay!

Lepas ni more to come. Melbourne (yang paling orang kejar dekat whatsapp and email haha), Singapore, Paris and Brussels. Hover. Tapi nak buat macam mana, kerja untuk jalan. So kerja kerja kerja, lepas tu jalan. Lepas tu kerja lagi, then jalan. Ulanglah selagi Allah beri kudrat. 

Ok, Hong Kong ni kami pergi tak lama pun, sebab ingat lagi masa ni my husband memang busy gile sampai tak nampak slot kosong dalam schedule dia. Yang ada masa New Year tu je and memang dia tak ada alasan nak kerja sebab obviously orang lain pun cuti sama. And since budak-budak pun asyik request Disneyland trip (pengaruh iklan Disney Junior la ni) we decided to surprise them with this.

Not a properly planned trip;  everything was a last minute arrangement. Having said that, kita memang tak jalan langsung pusing HK City. Memang mula-mula ingat boleh jugak nak squeeze in night visit ke apa tapi the crowd was unbearable, New Year kan so we scratch off the list.


First night tu kami keluar pergi City. We took train from Disney Resort station to Tsim Sha Tsui station. 

Disney Resort - Sunny Bay - Lai King - Tsim Sha Tsui


Memang hop on hop off trains, nak rasa naik train Mickey punya pasal gigihkan jugak. Ikutkan Mat Kown, dia nak naik cab sampai terus destinasi :P Tapi sampai Tsim Sha Tsui tu pun sesat tah ke mana haha sebab dia banyak exit. Even the initial plan nak cari Avenue of Stars semua tak jadi sebab orang pun ramai sangat, nak cari jalan pun dah tak tentu hala, quite windy and cold so macam tak sesuai la keadaan tu nak jalan dengan budak-budak.








Datang pun sebab nak relax and tak nak kelam kabut, so we ditched the Avenue of Stars, Symphony of Lights, Harbour City and tah apa lagi. Tsim Sha Tsui ni memang main area full of tourist attractions and malls. In fact, many other main streets also radiate from here. Nathan Road tu main road la dekat area ni and a lot of Halal eateries can be found here.



Malam tu kami dinner dekat Ziafat Restaurant. Short walking distance lepas keluar dari train station Tsim Sha Tsui tu. Tapi maaf I tak dapat nak review foods dia sebab obviously dah terlalu lama trip ni and I pun dah tak ingat what was the experience dining in there. Tapi sebab takde ingat yang buruk, so rasa semua ok lah kot, sedap je lah. Tengah sejuk kan hehe. Tapi restaurant dia sempit sikit la, maybe sebab dalam Hong Kong, jenis semua tempat small square ft je.





Haha macam takde activity kan? Memang pun. :P

Last day pergi Citygate Outlet. Closely located to HK Disneyland. Lepas checkout pukul 12pm, simpan bag then naik teksi pergi Citygate Outlet. Dalam 10 minit dah sampai. Kalau nak naik train, dia turun dekat Tun Chung train station. The same area untuk orang naik cable car pergi Ngong Ping tu.


Outlet ni so so je. Rasa macam not so cheap jugak. Reduced price katanya, but I don't feel much different than KL.  Nak cari kids tees pun, sehelai jadi RM50 jugak, might as well I beli from Osh Kosh, Old Navy apa semua tu kan. Decent but don't expect too much of super cheap bargains. Memang nan hado. Kalau tak datang pun tak rugi sangat kot, unless you plan to naik cable car and melawat Ngong Ping tu hehehe...Tempat makan halal takda, masa tu lah, not sure now kalau dah ada. So kami balik makan dekat Studio Lounge, Disney's Hollywood Hotel.


















Wajib masuk SASA cari benda ni. 


1 comments:








kucen master

said...

wahh.bestnye ,melancong kat hong kong.saya kat dalam negara pon dah lama tak melancong ;-)

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-beranak-lagi.html




Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs