Disneyland Hong Kong - Part 5

Part last, lepas ni boleh sambung cerita Melbourne pulak, especially cerita rumah Yellow Door tu hehe.


Hari last ni takde buat apa pun, pagi tu pergi breakfast dekat Hong Kong Disneyland Hotel. Kita orang stay dekat Disney's Hollywood Hotel, so kena naik shuttle bus pergi Hong Kong Disneyland Hotel. Tak jauh mana pun, cuma kalau dengan budak-budak nak menapak tu memerlukan ketabahan jugak. Lainlah kalau honeymoon, memang romantik sangat jalan berdua dalam area Disney park hehe.

I dah booked upfront untuk "character dining - breakfast package", tapi due to some Halal issues in Enchanted Garden Restaurant, Hong Kong Disneyland Hotel kami tak makan pun dekat situ. Hewhewhewhew. I'm not going to elaborate further on this, sebab kecoh issue halal dekat Insta dulu hehehe. Sensitive kalau tersalah cakap, lagi pun kita semua dewasa so Inshaallah masing-masing cukup bijak untuk mencari yang Halal.

Cuma masa kami masuk tu manager in charge datang explain that the restaurant was not Halal certified. Ada few things dia explain about suppliers, kitchen and ada apatah lagi, so we decided better not. Tapi dah bayar beratus kot, so masuk je lah tunggu characters datang dekat table untuk bergambar. At least tak payah beratur panjang-panjang macam dalam park tu la hehehe.






INFO

2 Halal-certified restaurants inside the park:

  • Tahitian Terrace in Adventureland
  • Explorer's Club Restaurant in Mystic Point


Halal-certified food is available upon request at these hotel restaurants:

  • Chef Mickey at Disney's Hollywood Hotel
  • Studio Lounge at Disney's Hollywood Hotel
  • Walt's Cafe at Hong Kong Disneyland Hotel
  • Room Service at Hong Kong Disneyland Hotel

Lepas dah habis bergambar dengan semua characters, kita orang pusing-pusing Disneyland hotel tu kejap, masuk Disney store dia lagi (dan lagi dan lagi dan lagiiiii) then balik bilik and get ready to check-out.


Perut lapar sebab tak breakfast, so kami lunch dekat Studio Lounge, Disney's Hollywood Hotel. Halal, alhamdulillah.

TAPI. Waiting time for foods to be prepared adalah dalam 45 minit jugak haha. So kena bertenang. Sebab dia cakap foods prepared upon request, different kitchen, nak defrost and masak semua, so yeah approximately 45 minutes gituuu. Sabar je lah, apa je lagi option yang ada sebab perut dah lapar. Taste wise ok lah boleh makan, not an awful taste. Walaupun tekak mengimpikan perisa kari seperti di restauran Nasi Kandar hehe.



Settle semua, perut pun dah kenyang, kami pun tawaf lagi area hotel. One last round, posing amik gambar buat kenangan, guna iPhone je pun. Kalau sapa ada DSLR tu untunglahhhhh, konfem dapat banyak shot cantik-cantik sebab kawasan Disney's Hollywood Hotel ni memang menarik. Kita orang ni, level guna camera iPhone je hehe.















Ok, dah la kot. Rasanya tu je la cerita dia ahahaha. Mahaplah, takde story-mory-morning-glory melawat kawasan pelancongan lain. Memang datang sini semata-mata untuk Disneyland saja. Big Boss bagi green light, ok kan je lah, dari sambut new year melangut dekat balcony rumah mengadap KL skyline tu.


So kita sambung nanti ok? Edisi Melbourne pulak. :)



0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs