Hari Pertama Persekolahan - Adam Haris & Aiman Haris

Haloooo...


Kepada yang dah lama follow blog Shilashower ni, terutamanya dari zaman Adam & Aiman baby, haaaa derang berdua dah sekolah rendah youuu. How time flies kan? Dan sebab peristiwa ni sangat penting, maka Mummy kena bukak balik blogspot bersawang ni and update jugak story. Penting. Sangat penting untuk kenangan masa depan.

Adam Haris darjah 2 and Aiman Haris darjah 1. Yer, combo berganda ni dah sekolah bersama-sama. Monday was such a tiring day and by 7pm Mummy dah nampak bantal je, lain takda, dinner pun tak kuasa.

Maybe sebab first day semalam, Mummy semangat bangun pukul 5 pagi masakkan foods yang dia orang nak bawak pergi sekolah. Adam dulu standard one memang almost everyday bawa bekal, sebab dia ni tak berapa minat makanan kantin, so kita try nak train Aiman the same. So sorang dah order Olio Pasta, sorang nak Chicken Nuggets. Sebab hari pertama kan, so layankan aja request2 dia orang. Akan datang, ikut suka Mummy nak prepare breakfast box apa hehee.



Being a kekwat Mummy I am haha, nak hantar pergi sekolah pun penuh strategi. Sebab bila sampai sekolah, I yang turun dulu kereta with their two bags, pergi masuk kelas and book tempat dulu hehe. Kalau nak tunggu dia orang dua jalan, melenggang mak minah, lambattt. Adam sebab nak cari tempat bawah kipas, sebab dia kan ada eczema, so by afternoon selalunya dia dah tergaru-garu. Aiman pulak, takmau dia duduk belakang sangat, sat lagi dia main ja lebih, biar dekat Cikgu takpa hehe.

First day sekolah kebangsaan, activity quite straight forward. Budak-budak pun masuk kelas terus, kedai buku pun tak crowded maybe parents memang ramai dah get ready buku semua awal (bagus!). Cuma waktu rehat, meja macam tak cukup, ye la sebab dah parents pun pakat duduk sekali dekat meja, then kena hambat dengan cikgu hahaha baru semua bangun. Baruuu budak-budak dapat duduk makan. Biasalah, first day, bukan semua parents faham dos and donts kawasan sekolah, yer dak?

Kita risau sangat Aiman tak boleh cope new environment, sebab sekolah kebangsaan kan ramai, huru hara la sikit dari keadaan dia masa dekat Brainy Bunch. Unfortunately nope. Dia rileks je, senyum je bila kita angkat tangan dekat dia. Towards nak balik tu, siap sakan dia main dalam kelas. Meleset betul sangkaan Mummy hehe. Ni tengok gaya, dengan kawan-kawan Abang Adam dia sapu buat geng.

Tengah hari sambung sekolah agama. Ada lah break dalam sejam setengah in between dua sekolah. Bunyi agak penat tapi biarlah dia pergi sekolah agama, kalau duduk rumah, membazir masa main je lebih. Adam dulu pun awal-awal kita kesian, lama-lama dia ok je. Dari tak tau baca and tulis jawi langsung, sekarang dah boleh macam-macam. Alhamdulillah...


Adam first day ok je, sebab dia dah darjah dua. Tak sabar masuk sekolah adalah. Sebab nak jumpa kawan-kawan after long holidays kan. Aiman yang kita risaukan segala macam, rileks je. In fact, pagi-pagi dia lagi senang bangun mandi and bersiap and breakfast dari Abang. Adam kalau kejut mesti cakap, "5 minit". Dia punya 5 minit adalah 4-5 round, dekat setengah jam baru bangun. 

-___-

Beg sekolah, buku sekolah, barang sekolah all in good condition, pulang dalam kuantiti yang sepatutnya hehe. Baju sekolah je la dah kelaut warna. Boys, takkan nak expect suci murni putih baju kan hehe.

For now, Mummy belum dapat nak fikir macam mana nak adjust jadual harian. Hantar and amik sekolah. In between buat kerja and nak kena free kan time malam, sebab dah dua orang sekolah, kena focus sikit. Sebab kalau sambil lewa, jawab dia dua-dua lah main sekali. Malam semalam we started with something basic dulu, simple. Baca Iqra for 30 minutes. Lepas baca, they have 30 minutes untuk main game or tengok tv, sebelum dua-dua kena hambat pi tidoq hehe. Sebab first few weeks ni belum ada homework, so kita chill dulu. Buat yang simple. Tak berani nak terlalu chill pulak, sebab dua-dua bersama ni, satgi "brother see brother do".

Beg sekolah pun tak da nak check apa sangat, 2 orang 2 sekolah, so ada 4 beg sekolah, ada 4 kotak pensel haha. Takyah dok kelam kabut nak tukar-tukar beg, nak transfer buku and kotak pensel. Buat pening je. Tahun lepas Adam macam tu, pastu nanti buku sekolah kebangsaan and sekolah agama habis bercampur. Tahun ni dua orang, Mummy lebih prepare and details in every aspect. Gituuu.

Ok lah. Sambung nanti. (Mummy Shilashower kata antara azam tahun 2017 nak rajin update blog haha). Tengoklah nanti. :P


0 comments:







Post a Comment






Template design by Chic & Sassy Designs