Sebab dulu, I tak pandai masak pun. Langsung. Basically masa kahwin tu, duit hantaran tak termasuk dengan ilmu dan skill masak memasak hahaha. Zero. Tapi lepas moved in rumah sendiri, telah mendapat kesedaran dan bermulalah episod perguruan dengan Google. Everytime masak, mesti nak cari yang ada gambar. Yang step-by-step photo better hahaha just to make sure that I do it right, or at least something close to almost-right. After setahun dua, baru la reti nak humban bahan ikut sesedap rasa. Kalau awal dulu, if resepi tulis secubit garam, I literally put secubit garam only, kalau rasa tawaq hebiaq pun, biaq ja dengan secubit garam haha punyalah risau nak adjust accordingly.
So hari ni, kita share resepi Nasi Lemak Sambal Gula Melaka. Tapi ada derhaka sikit sebab tak letak santan hehehe. Sila letak, baru cukup syarat and nasi usually akan cantik and kilat sikit. Selalu first step buat nasi lemak, memang I masak nasi dulu. Sebab senang, masuk semua bahan dalam rice cooker and press button cook, biar je dekat situ sampai masak. By the time sambal siap, nasi pun dah ready.
BAHAN-BAHAN NASI LEMAK:
3 cawan beras (ini sukatan standard rumah kami, 2 adults 2 kids hehe)
2 cawan santan pekat (I skipped this, no like)
1 batang serai (ketuk)
1-2 helai daun pandan (ikut suka wangi mana, ikat simpul)
1 inci halia (hiris, ketuk sikit)
3 biji bawang merah (hiris)
Garam sikit secukup rasa
CARA-CARA MASAK:
1. Cuci beras bersih-bersih and masukkan sukatan air yang sepatutnya. Kalau guna santan then kena adjust air nanti terlebih pulak lembik nasi tu.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dah hiris, ketuk, simpul semua seperti di atas.
3. Pasang plug rice cooker and tekan button on. Kalau tak, tunggulah sampai raya tahun depan, nasi lemak tak siap-siap hehehe.
BAHAN-BAHAN SAMBAL PEDAS MANIS GULA MELAKA
Wahhh nama kena meriah haha, baru ada unsur-unsur nak cuba masak. By the way, sambal ni kalau buat banyak pun tak apa, then you divide into small portions, some to frozen kan. Pada hari-hari malas boleh keluarkan, panaskan buat sambal telur goreng ke apa camtu.
BAHAN-BAHAN SAMBAL:
10-15 tangkai cili kering (gunting buang biji, rebus) *
7-8 biji bawang merah (hiris) *
3 biji bawang putih (hiris) *
2-3 biji bawang besar (hiris)
1 inci halia (hiris, ketuk)*
3 batang serai (hiris) *
1 sudu teh pes asam jawa (I used Adabi Xtra Asam Jawa)
1 ketul gula melaka (ketul here means yang ketul macam silinder shape tu hehe)
2 helai daun pandan (simpul)
Air sikit (just in case terlalu pekat)
Garam secukup rasa
CARA-CARA MASAK:
1, Gunting and buang biji cili kering (as much as you can buang). Then rebus. Kenapa rebus? Sebab cili jadi lebih lembut so senang blend, bersih and mengurangkan possibility sakit perut hehe. Lepas rebus, angkat, bilas dengan air sejuk and toskan few times sebab nak buang lagi biji-biji cili kering yang ada. Then tunggu sejuk baru kita blend dengan bahan lain.
2. Hiris bawang merah, bawang putih, serai and halia.
3. Combine bahan hiris and cili kering, tambah air (I letak sama level dengan bahan-bahan dalam blender tu) and blend. Buat few times sampai halusss semuanya. Like this. Tak nampak flakes cili kering tu.
4. Panaskan minyak. Janganlah sikit sangat minyak, kering sambal nanti but too much pun tak sesuai, takut selapis minyak nanti bila sambal dah masak. Agak-agaklah, this one like satu senduk lebih sikit. Ala, mak-mak ni biasa dia ada kuali or periuk favorite, so everytime guna pandailah adjust ikut size tu kan. This is my pan ajaib haha. Kalau guna pan ni Inshaallah lauk tak hangus, entah Tefal which series tapi yang penting diskaun dekat Cold Storage masa tu hehe. Tak sia-sia beli.
5. Masukkan bawang besar yang dah hiris tadi and goreng sampai naik bau. Macam mana nak tau? Cuba la kipas-kipas tangan dekat asap panas tu, tengok ada bau wangi bawang tak haha. Jangan pegi tadah muka atas pan macam nak steam muka, kalau terpercik minyak I tak bertanggungjawab okies.
6. Masukkan bahan yang di blend tadi and masak sampai pecah minyak. Dulu awal-awal masak, I sampai Google apa benda tu pecah minyak haha. Basically tumis sampai bahan tu agak masak, nampak minyak color oren tu timbul or terpercik tu, kira pecah minyak la tu. Kena kacau selalu, kalau tak dia kering or berkerak pulak nanti.
7. Masukkan gula melaka. Ini lah penyedap rasa dia. I tak guna langsung gula putih tu. Tapi nak kikis halus setongkol gula melaka sila mohon bersabarlah. Dah masukkan gula melaka ni, kena selalu kacau takut berketul. Tambah air, agak-agak ikut suka nak pekat macam mana. Masak for few minutes sampai sambal tukar warna slightly dark-red-brownish macam tu. Api medium ok.
Oh, I exclude ikan bilis kisar and belacan sebab big boss alergi daaa. And usually without belacan ni, bau dia wangi lagi and tahan lebih lama. Even you leave the sambal overnight on table, tak cepat rosak. Selamat sejahtera je I makan lagi esok harinya hehe. Kalau tambah belacan usually dia akan start bau and kena check betul-betul elok lagi ke tidak.
8. Masukkan daun pandan yang dah simpul tadi and air asam jawa. Kacau.
9. Tambah garam, slowkan api and kacau sebati and biar sampai masak. Masak benda bercili ni biar lama sikit takpa, jangan nak laju-laju je nanti cili tak masak betul, sakit perut jenuh.
10. Sementara tunggu sambal masak (api slowwww je pun takpe), sediakanlah bahan-bahan lain yang nak makan dengan nasi lemak tu. Nak tambah ayam goreng rempah ke, sambal udang ke kerang ke apa-apa ke ikut sukalah. I prefer a simple one like this. Basic oldskool style, makan dengan nasi panas tu, huihhhh sedap. Nasib baik duduk condo, ni kalau masak dekat rumah my mom, memang I pegi potong daun pokok pisang belakang rumah tu, and bungkus macam dekat kedai hehe.
Rebus telur, goreng ikan bilis (TIPS RANGUP: minyak banyak and wajib cukup panas. Before that kita cuci dulu, biar bersih, then keringkan dengan kitchen roll, jangan pi goreng time basah air tu, terpercik minyak hoi), goreng kacang and potong timun. I prefer Japanese cucumber, sebab just perfect size nak makan. And tak pahit hehe.
11. Tadaaaa siap. Hidanglah cantik-cantik atas meja, barulah rasa macam makan dekat restoran gitu. Puas hati buat sendiri, dapat selaut ikan bilis, kacang, timun semua. Kalau nak beli dekat gerai tak dapat laaaa sebab yer lah orang meniaga, takkan nak bagi bahan serupa buat kenduri kan hehe. Nak banyak-banyak masak sendirilah.
No comments:
Post a Comment