Office Flexi Hour


Tahun baru azam baru. Azam baru yang tahap bos pun terkejut beruk "kau buang tebiat apa Shilaaaa", like that. Haha. Sebab selama I kerja di syarikat ini, I punya working hour 9am - 6pm. Itu pun kadang-kadang lambat. Atas faktor-faktor kehidupan peribadi, susah betul nak adjust time bagi sampai awal.

Akan tetapi, bak kata Mat Kown, "tahun 2012 tu tahun tidoqqqq ja, mandom! tahun ni kita cargasss!". So I decided to select flexi hour 8am - 5pm. Untuk orang nama Shilashower ni, kira macam AJAIB lah tiba-tiba masuk office pukul 8 pagi kan. Haha.

But yeah, I decided to change. 

SEBAB?

Masuk pukul 9 pagi tu, pukul 7.45 keluar rumah. Jemmmmm all the way sampai office. PENAT dah situ. Balik pulak pukul 6pm, KONFEM lagi jemmmm all the way sampai rumah. PENAT kuasa dua. Tu belum masuk faktor alam kalau hujan lebat, banjir segala. Itu jam terus berharap rumahku keretaku. Senang.

But now, keluar rumah 6.50am, by 7.30am dah sampai office, dapat pulak parking dalam building haha save lah duit parking RM10 everyday. Jalan pun aman damai, adalah minor traffic jam tapi tolerable punya rate. Balik 5pm yawww, haruslah jalan masih suci murni. Sampai rumah pun hati tenang. :)

The only sacrifice that I need to make is to bangun awal, earlier by one hour than before. Tapi otak tenang, and less cursing made on the road. 

TAPI kena berterima kasih pada Mat Kown. Sebab kita keluar rumah tinggal kids dekat dia, so my husband kenalah take charge untuk mandikan depa, bancuh susu, bagi breakfast and all. Sebab mommy nak pi kerja awal, anak-anak masih bergolek dalam mimpi lena. :P 

So itu lah azam tahun baru untuk sektor kerjaya. Misi utama ialah nak balik office pukul 5PM sharp. Sekian. ^____^
ShilaShower
4 Comments

4 comments:

  1. sep sikit! hahaha aku pon 7.40 dah masuk parking hahaha tak kose aku nak derma duit banyak2 kat parking luar tu.

    ReplyDelete
  2. kan..best keluar awal..kat penang ni pun jem..kat bridge ket seberang perai kat bayan lepas..huh tension hadap jem hari2..

    ReplyDelete
  3. sbrnya lagi best mcm tu kan kak...dgn syarat xde anak untuk dihantar ke sekolah...hehehe
    sbb xyah STRESS kt atas jalan tu!

    ReplyDelete
  4. nice post shilashower... keep on posting okeh! seronok baca :)

    ReplyDelete

feedburnerfacebooktwitteremail