Awkward Moment


Bila kau macam nak kejung urat perut dok gelak tengok video klip Shae, parody budak pondan yang macam kena karan tu, tiba-tiba GENERAL MANAGER kau lalu kat tepi. 

Kau akan terus gelak kah sebab sungguh di puncak tahap kegelakkan itu.

ATAU

Kau akan berhenti ketawa serta merta?

Aku pilih untuk gelak sebab tak mampu dah nak berhenti sebab air mata pun dah berjurai and muka budak tu pun dah macam menghantui kepala otak ni. Tak boleh stop gelak dah. Tak mampu. Nanti bagi tekanan luar biasa pada perut.

Kalau big boss esok ungkit "why you laugh so loud?" konfem aku jawab jujur-jujur. "My MANAGER posted that video on my FB wall". Sungguh. Sumpah. Menejarrr aku memang cool macam tu. 

Dah la nak pegi makan pulut kuning, sempena farewell bekas bos lagi satu. Eyh? Tapi farewell dan pulut kuning? Dia orang ni bersyukur dengan perpisahan bos lama atau apakah? T_____T Awkward lagi. 
ShilaShower
0 Comments

No comments:

Post a Comment

feedburnerfacebooktwitteremail