Kita Kerja Untuk Apa?


Soalan serius ni. Kita semua kerja untuk apa? 

Semenjak umur dah jadi 30 ni (haaha baru sehari pun) tahap berfikir tu macam tiba-tiba jer switch. Maksudnya, every time birthday kita semua mesti akan flashback apa yang kita dah achieve selama hidup ni kan? Or mungkin ada orang tak fikir. Birthday is just another same thing; cakes, presents, wishes, ulang, selagi umur masih ada. 

But being me, everytime birthday mesti nak tengok, "oh dah ada ini dan ini, itu dan itu, alhamdulillah". Be thankful to Allah. However this year, ada satu issue yang macam tak pueh hati sikit. Isu kerjaya. Selalu baca Azza je merempan mengenang nasib (dalam hati aku pun mengiakan jugak Azza weh) tapi now, that I'm already 30 terus rasa macam kena smack di muka, what will my career brings me to? Belajar susah payah, kerja kerja kerja, tapi ke depan tak boleh fikir nak jadi apa. Tapi sesungguhnya I don't see myself nak jadi top management ker sebab entah macam tak minat. Kot?

But I see many other opportunities di luar laluan kerjaya sekarang. Cuma banyak yang diletak tepi dulu sebab faktor kerja sekarang. Dapat interview tv show, kena decline. Dapat magazine products photoshoot, kena decline (tapi baru ni, bagi jugak satu, but through email). Sebab takmo conflict of interest dengan kerja sekarang. So biar dulu. Ada rezeki boleh dapat lagi.

Don't get me wrong. Not that I don't like this Company, of course hidup dan mati sayang selamanya. I just don't like the situation that I am into since past few years. Pagi petang mengadap traffic jam, berebut parking lagi dekat office and the sad fact that I have to spend bloody RM700 for just tolls, parking and fuel; back and forth to work only. Sadis sungguh. Fine, some people they just don't mind. Day in day out ulang benda sama. Kata mereka, "tak ada pilihan". 

Sebenarnya mungkin few memang tak ada pilihan while many others sebetulnya takut nak buat pilihan. Saya salah seorang lah tu. Say if I resign, I tak nampak pun I duduk rumah goyang kaki. Dalam kepala sekarang pun ada few things yang boleh generate income, tapi issuenya, masih takut nak buat pilihan. T____T

Yang pasti, ramai antara kita yang hari ni berkerja cuma untuk survival hidup, especially yang di bandar. Tak gitu? I said ramai, not all ok. Dah tunggang terbalik mengadap jem, kerja ofis, balik rumah penat. Kadang-kadang rasa tak cukup masa dengan anak. Pastu rasa guilty. But at the end of the day, still no choice. Esok pagi bangun tidur, ulang balik rutin sama. Isk isk isk. 

Dah la sekarang every morning Aiman asyik meruntun kat kaki, "Mama janganlah pergi work. Mama janganlah tinggal adikkkk. Mama duduklah rumah dengan adikkkk" -_______- Very drama king. Yer, tapi drama-drama pun, hati mak tetap kesian. Kalau time Ayah dia ada ok jugak. Tapi kalau time Ayah outstation and I have to send him to rumah my parents awal pagi, nanti dia merayu "Mama janganlah tinggai Adik dengan rumah Wannnn, please la Mama..." Hadoyai. Tapi bila dah pergi rumah Tok Wan, petang suruh balik takmau pulak. Isk. 

Sekarang nak imagine situasi lagi 5 tahun pun tak tau macam mana. Nak ulang cycle di atas, huwaaaaa nanes lahhhhhhh.


ShilaShower
15 Comments

15 comments:

  1. Assalamualaikum kak shila, happy belated birthday! yeayyy dah membesar dengan jayanya. hahaha. kak, sheila pun selalu terfikir achievement yang sheila dah ada. huwaaaa kesian betol anak2 ye takleh nak berenggang dengan ibu dia :'(

    ReplyDelete
  2. Ai keje sebab I love my job! *Sila Muntah*
    Suka sebab dapat tolong orang. Berkhidmat untuk negara katanya.. ;-)
    And of course, I love the perks and benefits!
    *kaching*
    ;-P

    Honestly, kalau ada pilihan between kerja n jaga anak. I will choose jaga anak sbb anak2 are evrything. Tapi kata la kalo I bleh benti skrg, I ttp akan keje blk bila anak2 dh besar..

    My work helps me to keep my sanity intacts. Rasa ada contribution untuk masyarakat.. Beribadah thru working. ;-)

    ReplyDelete
  3. same like me la shila... happy birthday dear

    ReplyDelete
  4. Loving my company, my job and loving my friends the most but still it is not your company. Sampai bila? and yaa it keeps hunting me. I rase mmg dilema ladies at 30s kot especially me yg dah stuck in same department for more than 6 yrs.. ;(

    ReplyDelete
  5. Hi shila..since last year lagi dah ade conflict macam gini... bile dpt bonus kepuk kepuk sayang nak berenti keje.. nak kata whole hearted into this job.. rase nya tk dah kot... nak jadi top mgmt rase macam tak jugak..

    ade niat rase nak berenti nak jaga anak anak sendiri.. tknk org lain jage? tp no option...

    ReplyDelete
  6. Salam perkenalan, I pun sama, terkejar sana, terkejar sini, entah apa yang i kejarkan. Bila tengok kawan kawan spend masa dengan anak-anak, uruskan anak sendiri, cemburunya...... .Tapi I fikir, I kena bersyukur dengan apa yang Allah bagi, mungkin kena ubah sedikit mentaliti dan cara hidup.

    ReplyDelete
  7. aku kerja sebab aku aku suka kerja hahaha tapi serious aku dah tak bawak balik keje kat rumah dah skang macam dulu2..dah tak kuasa.baik aku layan anak2.

    ReplyDelete
  8. true.. i dont see myself me as a top management and i dont see myself duduk goyang kaki macam mak datin dan datin yang ada sunglass hitam di atas kepala :D.. i still see myself busy as a bee.. but yet.. takut nak start..

    ReplyDelete
  9. sad but true.. always the routines yang buat kita banyak kali fikir why are we doing this. belum lagi campur roller coaster ride at the offic. anyway, you have creative hands, but i feel you, it's the 'big step' that we are afraid to take. But seriously, looking at your work for your business, i'm sure you can go far, chewahhhh hehe.. Good luck!

    ReplyDelete
  10. shila..aku fikir benda ni dari last year..pasal mcm dah nak masuk 30 kan..so mcm terfikir.Shila,diaper cake kau boleh pergi jauh,InsyaAllah ada rezeki masuk majalah tv,tumpang bangga aku.heee.rezeki Allah yang punya dia yg berkuasa meluaskan dan meyempitkan.kita usaha k :D

    ReplyDelete
  11. kes lubang besar kat depan tu lagi buat stress nak berhenti jam2 ni jugak la kan hahaha....semua orang pun macam sama, takut nak buat perubahan...

    ReplyDelete
  12. kak Shila, uncle pernah cakap. Hidup ni susah jugak kalau banyak pilihan. Rambang mata nak pilih. Hakikatnya kita ada 2 pilihan je, Decide or not decide. Jalan paling mudah istikharah dan yakin pada rejeki Allah. Bukan sekali dua, tapi hari2. Sebab Allah jugak yang paling tahu terbaik untuk kita :)))) Mintak maaf kalau ada salah silap cakap Nadiah ni. peace22. Rindud engar kak Shila bebel benonya :)

    ReplyDelete
  13. Ye la Shila. I pun tiap2 tahun pikir benda ni yg sama jugak. at least kalau u berenti you dah ada side income jugak. tp kalau i brenti keje, selain dr jaga anak I x sure dr mana I nk generate income.

    ReplyDelete
  14. slalu dgr/bace status traffic jam kwn2 kt fb :(..alldbest dear ! i pon nakkk sgt jd wahm (tipu, nk jd lady of leisure je ;p)

    ReplyDelete
  15. ape2 pun aku sokong kau beb. do what you want and money will come later heheh.

    ReplyDelete

feedburnerfacebooktwitteremail