BERHENTI KERJA. Things to consider before you quit your job.


Saja jer kan nak caps-lock kan tajuk "Berhenti Kerja" tu hehehe. Ok sebenarnya I pun dah lama tak tulis blog, you know the chit-chat kind of entry like I used to share many-many-many years ago. So seriously, I have lost my blogging mojo somewhere, nak kutip balik pun tak tahu dekat mana. 

The first thing that crossed my mind when I decided to resign was, "lepas ni boleh la rajin tulis blog balik!" (well apart from yeehaaa no more crazy traffic to make it to office), unfortunately it didn't happen that way haha. This poor blog still remain bersawang. I was busy (and still am) with MANY other things and my schedule is just as packed as it was before. Just no morning rush hour and no boss. Eh tapi kan, no boss means no stress. Hahaha. So yeah, itu maknanya even my life keeps getting busier day by day, alhamdulillah no stress. Even if I did, that probably because I have no time to visit the malls tu je lah. 

I rasalah kan, majoriti daripada kita tak enjoy pergi kerja bukan sebab kerja tu sendiri. Kerja tu selalunya takde hal, boleh handle punya walaupun terpaksa stay dekat office sampai tengah malam, kena tidur mandi dalam office (merasalah zaman kerja Ernst & Young dulu hahaha), tak boleh cuti raya (merasalah dekat TM sebab buat business plan hewhewhew), kena angkut laptop buat kerja atas katil hospital masa anak warded and macam-macam situasi kerja lain, tapi Wallahi kerja itu bukan masalah sangat.

Selalunya lebih kepada faktor-faktor lain like how the boss treat/value the team (as a whole, favor and no favor thing you knowwwww), the environment (people around you, how kepochi some people can be), the routine (day in day out sama je ulang dia, tapi berapa lama kan?), jarak ke office (if jauh, maknanya separuh hidup atas kenderaan aje lah hahaha sebab kalau KL ni jem tu normal), anak-anak (major factor in fact) and banyak lagi lah. So atas faktor yang bukan sebab kerja tu sendiri, buat kita rasa nak resign, sangat sangat sangat. 

That was me. 

Hahahaha jujur berterus terang sangatkan. Tapi itu kenyataan. Sebab universiti tak ajar benda-benda dan kenyataan yang serba menyakitkan ni. Siang malam kerjakan otak nak cemerlang Bachelor of Accounting dan lulus MICPA tapi kenyataan alam bekerja lebih teruk dari nak hafal Financial Reporting Standards. Tapi dalam sakit jiwa tu, 8 tahun jugak lah bekerja kan hehe. I wish I can be like my parents, setia sampai pencen dengan satu kerjaya, satu tempat kerja. Tapi tak apalah, generasi kita berbeza kan. 

Maka dengan itu, benda pertama kena consider bila nak resign ialah:

1. SEBAB-SEBAB KENAPA KITA NAK BERHENTI KERJA? 
Kena fikir banyak-banyaklah. Sebab ini point utama yang nak dibentang kepada Yang Berhormat Perdana Menteri Dalam Rumah; SUAMI kan? If not, parents kita. Kalau kita rasa point kita tu mengada je lebih, atau sebenarnya diri memang spesis malas kerja (you should know yourself), tu lebih baik tak payah berhenti. Kerja je lah walaupun kena seret kaki, sebab sekurang-kurangnya ada jugak orang nak bagi kerja walaupun malas. Hewhewhew. Sebab bila dah berhenti kerja tu tak bermakna kita boleh duduk rumah depan TV goyang kaki. More works will come to you, unexpectedly. Percayalah. Sebab bila isteri tiba-tiba tak berkerja, suami pun dengan tiba-tiba jeeeeee nak cari socks kerja pun dah tak reti. Yang selama ni bertahun dia reti hahahahahah. Sebab dia akan pakai order je. 

2. SLOW TALK DENGAN SUAMI.
Ini factor nak consider kalau bersuami. I said slow talk. Sebab kena talk nicely, slow and steady gitu. It may take few cubaan untuk beroleh kejayaan, and it may go a longggggg way to finally came to the conclusion, tapi tak kisah, yang penting kena berusaha hehehe. This is not a one night thing yang sekali pujuk terus dapat yer. Pernah sampai menangis pun ada ahahahaha sebab dah nak give up sangat, but inshallah until you reach to a point yang suami rasa kita ni dah layak nak resign, dia mesti support. Kadang-kadang mungkin dia sendiri pun rasa tak stable sangat nak kerja sorang-sorang, jadi kena sama-sama faham keadaan.

3. FINANCIAL ANALYSIS.
Ini tak sure la patut ke tak kira, tapi sebab I ni spesis number crunching, so semua benda nak kena kira. Sebenarnya at the end of the day bila dapat gaji tu, apa yang tinggal dekat kita tu yang penting. Ada yang kena tanggung daycare costs yang mahal, so dari nak bayar mahal lebih baik jaga anak sendiri. I'm not sure for others tapi I akan share my case. Our family expenses, macam kereta, rumah, insurance, Mat Kown yang cover. Tapi kalau bil elektrik, bil telefon, bil astro, kad kredit, yuran sekolah anak, grocery expenses atau perbelanjaan spesis small scale tapi remeh tu, I cover.

So bila I nak resign, I kena fikir cara generate income so I can continue to pay the bills as usual. Tho I think he can afford to pay for all Inshaallah, tapi korang faham tak  the hassle nak kena bentangkan bil and mintak duit? Hahahaha. Dia mungkin tak peduli pun but I am so used to just pay the bills without having to explain why the bills appeared as such. Lagi-lagi credit card statement bahahahaha. 

Masa kerja dulu, duit gaji buat bayar apa yang perlu, duit side income buat belanja suka-suki. So I tanya diri banyakkkkkk kali, sanggup tak hadapi keadaan bila tak boleh shopping sesuka hati? Sebab yang dulu side income dah jadi main income sekarang ni. Alhamdulillah, there are ways for that hehehhe just need to put extra efforts tu je lah. Kalau dah kronik sangat, kena lah sapu belakang Mat Kown lebih sikit hehehe...

4. SAVINGS
Ok ni penting, tak payah cakap pun orang tau kot. Tapi I nak highlight ni savings yang kepada anak-anak. Tentang apa yang kita mampu provide bila kita bekerja. Honestly tak adil I rasa kalau anak-anak boleh dapat lebih perkara waktu kita bekerja, tapi dia orang kena rasa tempias terkurang sana-sini bila kita tak bekerja. I don't know how to explain into words tapi I bagi gambaran mudah macam ni. 

Sebelum kerja Mummy every week belanja Baskin Robbins, tapi lepas Mummy resign sebulan sekali pun tak tentu, sebab BR ain't no cheap. They loved BR but Mummy says no because Mummy got no money to buy, or Mummy rasa membazir and whatnot. Ok, ni contoh lah. So I promised to myself, what ever that they had before I berhenti, Inshallah will stay or improve selepas Mummy berhenti kerja. Except for toys lah, itu Mummy filter gila punya. Kalau tak filter dia orang main petik je macam duit datang dari langit. 

5.  WHAT TO DO NEXT?
Sila jangan berhenti kalau you tak sure nak buat apa selepas tu. Sebab SERIOUSLY walaupun duduk goyang kaki depan tv, that is not going to give you happiness. I tried once, hanya mampu menjadi Madam dalam sejam. Lepas tu I stress and tak senang duduk. Sebab kita dah biasa kerja, you can't force yourself to just relax and do nothing. Memang tak mampu. In fact, doing house chores from morning to night pun sama jugak stress dia. Sebab tu kena fikir what to do next lepas resign. 

Kena create sejenis pekerjaan yang you suka buat, with passion and wholeheartedly untuk generate side income. Kalau nak meniaga, pilih berniaga benda yang kita suka, yang kita minat, sebab kita akan belajar banyak lepas tu. Otherwise kita akan susah nak grow and mungkin otak pun kurang kreatif. Bila buat benda yang kita suka, kita ada skill, semangat dia tu lain sikit dan lebih bersungguh-bersungguh. 

Even kalau nak jadi surirumah, kita kena plan and bersedia dengan rutin dari pagi sampai ke malam, sampai semua orang dalam rumah tu tidur. Emosi kena ready sebab tiring jugak sebenarnya hahaha. Padahal dah guna vacuum, washing machine, dryer semua, kalau lah kena jadi macam Sinderela, seminggu je confirm surrender resign pulak dari menjadi surirumah.

6. LIFESTYLE 
Lifestyle mungkin berubah. Mungkin lah. So kena tanya diri, bersedia tak? Perkara paling mudah macam I, dulu pergi office boleh lah nak melaram high heels, jacket, blazer semua. Hari-hari tukar handbag sebab nak matchkan baju atas bawah. But for the past few months, I have been using the same black bag and flip flop. Jeans and shirts. Baju-baju office tersadai tak guna, tapi belum rasa nak buat 'garage sale' hehehe. Or mungkin kita akan tengok kawan-kawan keluar lunch or after office dinner, tapi kita at that time mungkin tengah busy pickup anak balik sekolah, or prepare dinner macam tu. Belum tengok kawan-kawan yang berbangga dengan kehidupan office and events, so bersedia tak kita untuk tidak merasa loser hehehe. Alhamdulillah, up to this point, I am proud and happy that I finally say goodbye to my 8-6 office job. SEBAB kan, bila public holiday kita orang tak payah bersesak dan terdesak kejar masa sebab cuti nak habis. We can travel at any time we like, semua boleh arrange and no longer subject to my 25 days annual leave quota. So tak loser sangat after all. :P

7. ARE YOU WILLING TO IMPROVE?
Ini actually point penting to consider. I bercakap in my own point of view, and pengalaman sendiri ok. Waktu kita bekerja, suami banyak bertolak ansur kalau ada kerja rumah yang tergendala or yang tak berapa smooth. Kalau kita komplen pun, dia dengar je. Sebab dia faham kita bekerja, jadi tak semua benda kita sempat nak buat sebab kita bukan Octopus banyak tangan. So bila dah resign, sepatutnya kita boleh arrange kerja rumah so at least the house will look and feel better than before. Macam dulu turnaround time untuk baju segunung jadi rata tu mungkin seminggu, tapi sekarang at most dua hari. Or kalau dulu Mat Kown nak travel most of the time dia kena pack barang sendiri hewhewhew tapi sekarang cakap je next destinasi ke mana, kain pelikat pun siap iron.

Basically I macam set target that I will improve myself, so kalau Mat Kown suka hati nak cuba usik cari kekurangan tu macam susah sikit la hahaha. Tapi nama pun tengah improve so jauh lagi jalan dia. Sebab kalau dia order Nasi Beriyani tengah malam buta, tu confirm tak boleh buat hahaha. Belum Masterchef sangat lagi.

Ok la tu 7 points I share, berdasarkan pengalaman sendiri. Ernst & Young and Telekom Malaysia, I love you both, memberi pengalaman yang tak boleh ditukar ganti, but after 8 years of working with you, I think I love Shilashower Creative Events and Shilashower Fancy Cookies even moreeeeee. Tho certain things didn't turn out the way I want it to be, but the joy to be my own boss and kuli with no anual/sick/emergency leaves quota to be bothered, that is just priceless. :)

Apa yang penting, kita kena fikir and negotiate baik-baik sebelum buat keputusan. Rezeki Allah bagi, percayalah. Bukan orang yang bagi, bukan syarikat mana-mana yang tentukan. Istikharah and percaya pada rezeki Allah.


ShilaShower
7 Comments

7 comments:

  1. tahniah kak!sangat betul lepas jd pengurus rumah tangga..dah kurang sakit kat kepala bahagian depan..kids plak happy n membesar dgn baik..

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan ..
    jemput ke blog nana :)

    ReplyDelete
  3. very inspiring :-) good luck shila.

    ReplyDelete
  4. I like this article shila.. keep on writingya...

    ReplyDelete
  5. Gigh tau ai baca dari atas sampai habis,......hahahaha
    sumi mcm nak berhenti.. tp tu la.. rasanya part SIDE INCOMe tu yg sesak... x tau macam mana nak wujudkan..hahaha

    betul.. ada gaji sendiri dengan minta gaji dr suami ..haha akan berbeza.. mmg save banyak.. tp banyak yg perlu dikorbankan tapi banyak gak yang memberi sesuatu kepuasan...

    entah la.. kekuatan nak berhenti tak ada.. walaupun hati meronta2 x nak keje.. hahaha

    tapi makin lambat nak berhenti.. anak2 makin memebsar.. kita pun dh berusia.. nanti kalau setakat 10 thn lagi nak pencen br nak berhenti baik tak yah.. rugi..rugi.. sbb ketika tu anak2 pun dh besar kan.. hehehe

    Thanks shila sudi kongsi pengalaman.. boleh la ambik point2 yg perlu untuk difikirkan betul2..hehehe

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  6. Wah!! dah berstatus surirumah tangga rupanya... selamat menjawat status baru, ingatkan lama x update kot dah ada blog lain =) ape pon saya setuju 100% point yang dibentangkan itu, Banyak perkara perlu dipikirkan dan dirancangkan so keep it up. Shila, lama x belanja entry cake baju baby =)

    ReplyDelete
  7. Thank you for sharing kak. One day InsyaAllah for me. :))

    ReplyDelete

feedburnerfacebooktwitteremail