Cuti Melbourne - St Kilda Beach, DFO Essendon, Melbourne Star



Ok, ni activities hari keempat. The initial plan was to Puffing Billy, but since weather forecast cakap raining all day, terpaksalah kami beralih kepada plan B. Rugi sebenarnya tak pergi Puffing Billy sebab semua orang confirm suka naik steam train ni, tapi nak buat macam mana, cuaca tak mengizinkan. Rasanya kalau proceed pun huru hara je nanti, sebab travel with CBD area time hujan pun kelam kabut jadinya. 

Pagi ni kita pergi St Kilda Beach dulu. Macam biasa jalan tu kita waze je. Tapi lawak hari ni mungkin driver pening tak habis lagi hahaha dia gi bawak masuk jalan tram. Nasib lah tak kena tahan polis. Padanlah tengok kereta kiri kanan dok gelak kat kita orang. Hahaha. Mungkin sebab ini bukan Jakarta, tu derang tak honk kereta kami hahah sebab takut rude agaknya. Until at one point tu baru kita orang perasan, "eh apesal kita berhenti BELAKANG tram ni??" hahaha.

So yeah, back to Waze, kita sampai dengan selamatnya di St Kilda Beach. Direction very accurate, tidaklah redah belakang rumah orang mahu pun lorong seram (only in Malaysia I guess). Cuma nak pesan, dekat beach ni, parking berbayar ye. Silalah pastikan signboard arahan betul-betul. Kita orang tak perasan, ingat macam Malaysia free public parking sebab dekat pantaikan, so balik tu ada surat saman dekat wiper kereta hahaha. 





Macam-macam hal pagi ni, tapi takpe, still we enjoy the moment like nothing happen. Duit bayar saman tu kami tinggalkan dekat car operator tu, dia tolong gi bayar nanti. :P Motif pergi sini sebab nak posing depan beach house warna warni ni ha. Trademark St Kilda. First time datang dulu pergi dekat Brighton Beach, lagi lawa, tapi jauh la sikit. Budak-budak memang dah beria nak mandi, sekali bagi rasa air, ha baru tauuu betapa freezingnya. Ingat ni air laut Malaysia kaaa.



Then we moved to DFO Essendon. Acara yang tak berapa masuk plan, tapi bila sampai masing-masing lupa diri hahhaha. Hence very limited photos here. Tengah shopping, mana ada photos sangat. Dia orang borong Corelle, I borong baju budak-budak dekat sini. Osh Kosh, Cotton On and kids shoes lah. Juling mata tengok sale sana sini. Corelle untuk diri sendiri tak beli sebab tak minat, nak spesis Maxwell Williams je kitchenware and diningware putih suci hehe. Tapi angkut jugak Corelle untuk my mom, my MIL and SIL sebab satu set 16pcs dalam AUD50 je average. Tapi jangan tanya kita bunga pattern apa, sebab I tak follow Corelle so I taktau lah. Janji dia tulis Corelle kita orang beli lah hehe.



Business hour sini pukul 5pm dah habis. Nak balik awal lagi, rugi lah kalau bersidai je kat rumah (walaupun rumah lawa gile). Google tengok night activity yang possible (with kids), sekali jumpa Melbourne Star Observation Wheel ni. So we decided to go for a spin on it. Ala-ala London Eye gitu, adik beradik dia, sekali la Singapore Eye sama.

Adult: $34
Child: $20
Family (2+2): $60


Kids being them, energy still at the top level. Ingat dah penat, rupanya naik atas tu lagi bertambah excited. View dia memang la nampak Melbourne but nothing really fascinating pun. View was rather "industrial" than stunning sebab location dia macam off je, sebelah Docklands and port area. Malam pulak tu. So I punya conclusion, if you really nak tengok Melbourne CBD from top, baik naik Eureka Skydeck la kot, lebih central and cheaper definitely.


Woolworth dekat rumah. Jalan kaki je sampai. So hari-hari mesti pergi sini hehe.

Kereta plat number IBU. Cool!


Snap masa tengah berhenti belakang tram haha.















Both shoes AUD10-15. Macam mana tak sewel? Haha.








ShilaShower
1 Comments

1 comment:

  1. wahhh syok nya ! thanks for sharing all the beautiful photos !!

    ReplyDelete

feedburnerfacebooktwitteremail